Jujur… saya tiada mood nak tulis apa-apa sejak kebelakangan ni…
Sememangnya saya memang sibuk dengan 2 cabang bisnes terbaru saya sejak awal tahun ini. Benda baru, kenalah beri perhatian lebih agar ia lancar dan sempurna. Tetapi sebab sebenarnya… saya sedikit terganggu dengan keputusan pilihanraya ke 12 baru-baru ini.
Pilihanraya dah tamat dan semua orang tahu keputusannya. Jadi saya tak berniat nak buat ulasan sendiri kerana saya yakin setiap orang ada tafsirannya masing-masing. Tetapi apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah realiti dari perspektif yang mungkin anda tidak nampak.
Sejak dulu lagi saya menyokong BN kerana ia melambangkan perpaduan dan penyatuan pelbagai kaum di negara kita ini. Formula perkongsian kuasa ini ternyata memberi manfaat dan keamanan sejak merdeka 50 tahun lalu. Parti lain seperti DAP, PAS dan PKR pula lebih dilihat sebagai memperjuangkan agenda masing-masing i.e. Malaysian Malaysia, negara Islam dan survival politik Anwar Ibrahim.
Jika anda mengikuti blog ini sejak awal, tentu anda tahu saya mempunyai ramai sahabat dan rakan niaga berbangsa Cina dan India. Mereka ini adalah golongan yang berusaha keras dalam pelajaran dan ekonomi demi meningkatkan taraf kehidupan mereka. Saya berbangga melihat kejayaan mereka kerana ianya bukti kemakmuran hasil DEB yang meliputi semua kaum di negara ini.
Saya juga berbahagia kerana kami berupaya berurusniaga dan bersosial sesama sendiri tanpa adanya batas perbezaan kaum atau keturunan. Seboleh-bolehnya kami mengelakkan dari menimbulkan sensitiviti. Pokoknya, kami saling hormat-menghormati!
Malangnya sejak Pak Lah jadi PM, beliau memperkenalkan dasar keterbukaan, maknanya boleh berbincang dan bercakap apa sahaja termasuklah hal bangsa dan kaum tanpa sekatan sedangkan sebelumnya hal berkaitan perkauman dilarang dibincangkan secara umum dan terbuka. Inilah puncanya… Read the rest of this entry »
Recent Comments