Usahawan Mesti Berpandangan Jauh…
Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi February 13th, 2008Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan yang amat berjaya. Semoga kita boleh ambil iktibar dari cerita ini…
Usahawan ini bernama Samuel Roffe, pengasas syarikat Roffe & Sons; sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka dunia. Pada awal penubuhan syarikatnya pada tahun 1868 yang bermula hanya dari pondok buruknya di Yugoslavia, beliau telah menyimpan cita-cita untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Bagaimana beliau akan melakukannya? Inilah yang menariknya…
Samuel Roffe mempunyai 5 anak lelaki. Beliau mengupah beberapa orang guru (tutor) khas untuk mengajar bahasa asing kepada anak-anaknya. Anak sulung dan anak keduanya diarahkan agar belajar Bahasa Inggeris, anak ketiga belajar bahasa Jerman, anak keempat belajar bahasa Perancis manakala anak bongsunya dikehendaki belajar bahasa Itali.
Tindakan Samuel Roffe pada ketika itu dilihat sebagai tidak masuk akal. Isteri dan ibu mertuanya menganggap Samuel gila kerana tiada siapapun yang bertutur bahasa asing tersebut di negara itu. “Dengan siapa bebudak tu nak bercakap bahasa asing tu? Nanti dengan sesama mereka sendiri pun mereka tak boleh berkomunikasi!”
Samuel hanya tersenyum dan menjawab dengan tenang, “Itu sebahagian daripada pendidikan mereka”. Sebenarnya Samuel tahu dengan siapa dan bila anak-anaknya akan menggunakan bahasa-bahasa asing tersebut…
Sebenarnya Samuel ada rancangan yang besar! Apabila setiap anak lelakinya mencapai usia 21 tahun, mereka akan dihantar untuk membuka cawangan kilang-kilangnya di luar negara!
Anak sulung dihantar ke New York, Amerika Syarikat; anak kedua ke London; anak ketiga ke Berlin, Jerman; anak keempat ke Paris, Perancis manakala anak bongsunya dihantar ke Rome, Itali.
Setiap anak lelaki Samuel Roffe ini kemudiannya menetap dan berkahwin dengan orang tempatan di negara-negara tersebut disampingkan mengusahakan perniagaan dan kilang-kilang milik keluarga mereka. Maka dari situ, berkembanglah empayar perniagaan milik keluarga Roffe!
Begitulah bijak dan betapa berpandangan jauhnya Samuel Roffe dalam menetapkan visi perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa!
Jadi, jika kita nak berjaya seperti Samuel Roffe, buatlah perancangan rapi untuk perniagaan kita. Bayangkan kejayaan itu awal-awal lagi, tak kisahlah jika ia hanya akan mampu direalisasikan 10 atau 20 tahun lagi. Dr. Irfan Khairi pun selalu kata… visualize your success!
p/s: Saya pernah diberitahu… jika kita nak merancang, meramal atau menguasai masa depan, lihatlah dalam diri anak-anak kita.
Maknanya, kuasai keperluan generasi akan datang…
——————————————————————————————-
Sebenarnya kisah Samuel Roffe ini adalah sedutan kisah fiksyen yang saya petik dari novel BLOODLINE karya penulis novel terkemuka Sidney Sheldon.
Walaupun kebanyakan novel Sidney Sheldon merupakan fiksyen atau rekaan, namun latarbelakang atau asas ceritanya adalah berdasarkan kisah-kisah benar. Ini kerana Sidney Sheldon membuat kajian dan temuramah dengan individu dan entiti sebenar dalam menyediakan bahan-bahan tulisannya.
Percaya atau tidak, 90% novel karya Sidney Sheldon adalah berlatarbelakangkan perniagaan! So, believe me… they’re really good reading materials!


































February 14th, 2008 at 5:25 am
Dalam satu buku gayapos , ada tulis sorang budak menjadi CEO company pertama negara US pada usia 17 tahun! dan melayakkannya menjadi jutawan termuda zamannya. (tak silap saya lah)
February 14th, 2008 at 2:44 pm
Betul, tanpa pandangan yang jauh sukar untuk meneruskan kerja anda
February 15th, 2008 at 7:00 am
menarik cerite ni.. syia tak tahu pun novel sidney sheldon banyak berlatarkan perniagaan..tapi novel2 beliau memang sangat best
February 17th, 2008 at 9:18 pm
Wah.. sangat bagus post ini…
Perancangan yang sangat bagus…
February 19th, 2008 at 11:59 pm
Dengar cerita pasal usahawan berjaya ni memang seronok. Tapi untuk merialisasikannya bukanlah satu perkara yang mudah. Harap apa yang saudara tazilan tulis ini mampu untuk membakar semangat para usahawan muda internet di negara kita.
February 20th, 2008 at 10:39 pm
Saya rasa itulah yang membezakan antara insan yang berjaya dan kurang berjaya. Usaha, perancangan, visi dan matlamat yg menentukan hasilnya.
Namun begitu, bukan semua yang kita usahakan menjadi spt apa yg kita inginkan. Lagipun, kalau tiada kegagalan, takkan ada kejayaan.
p/s: Dah banyak kali merasa kegagalan…
March 4th, 2008 at 8:07 pm
Memang best post nih. Teruja pun ada. Hope satu hari nanti ada juga orang kita yg buat macam nih..
April 14th, 2008 at 2:35 pm
Didalam internet ramai usahawan yg berjaya, namun bagi yg baru mahu menceburi, perbanyakan membaca artikel dan jadikan lah ini satu panduan. Kita harus merancang terlebeh dahulu. Sebagaimana sabda Nabi Muhamad S.A.W tuntut lah ilmu sampai kenegeri China,sebab dinegeri china banyak terdapat ilmu yg kita harus pelajari.
November 12th, 2008 at 3:16 pm
mmg menaikkan semangat