Berani Buat Pembaharuan…
Idea Bisnes February 26th, 2008Masa berlalu dan suasana berubah…
Sesuailah dengan peredaran zaman serta teknologi, kehidupan kita pun turut berubah sedikit demi sedikit berbanding dahulu. Apa tidaknya, dulu mana ada internet, sms, hatta telefon bimbit sekalipun!
Namun, soalnya… setakat mana kita memanfaatkan teknologi telekomunikasi demi kepentingan bisnes kita? Atau kita lebih suka dan selesa ikut cara lama?
Inilah yang saya nak kongsi dengan anda…
Saya jalankan bisnes, isteri pula bekerja. Kerana kesuntukan masa dan keletihan, pada kebanyakan masa kami sekeluarga makan malam bersama di rumah dengan juadah yang dibeli dari restoran atau gerai kesukaan kami.
Seperkara yang paling saya tak gemari apabila mengunjungi 2 restoran tomyam favourite kami ialah terpaksa menunggu lama pesanan makanan kami disiapkan. Maklumlah… makanan sedap, pelangganpun ramailah!
Untuk mengatasi masalah menunggu lama ini, saya mencadangkan kepada pemilik 2 restoran tersebut agar membenarkan saya atau isteri buat pesanan makanan melalui SMS atau telefon. Tujuannya agar saya atau isteri boleh order makanan dari dalam kereta 20-30 minit lebih awal. Bila sampai, hanya bayar dan bawa pulang. Rasanya taklah berat cadangan saya itu. Lagipun kami ni regular customer… hampir setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad!
Namun, saya terima reaksi berbeza daripada 2 restoran ini. Restoran A menolak mentah-mentah, tetap mahukan saya datang dan order makanan seperti biasa, manakala Restoran B pula menerima cadangan saya dengan terbuka dan senang hati. No problem, katanya.
Kini, sudah hampir 6 bulan kami menikmati kemudahan ini. Kami tidak lagi perlu menunggu lama makanan kami disiapkan. Order melalui sms atau telefon, bayar dan bawa pulang makanan!
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya dalam senyap pemilik Restoran B memperluaskan servis yang diberikan kepada saya itu kepada beberapa pelanggan tetapnya yang lain. Hasilnya bisnes semakin maju dan pelanggan semakin ramai. Khabarnya dia terpaksa tambah seorang lagi tukang masak untuk pastikan semua order dapat disediakan dengan cepat!
Restoran satu lagi tu… macam tu lah juga. Tapi ketara, Restoran B semakin meriah dengan pelanggan yang keluar masuk. Oh ya… kedua-dua restoran ini berjiran, hanya selang sebuah kedai sahaja jaraknya antara satu dengan lain.
Moralnya, jangan takut buat pembaharuan atau terima pandangan pelanggan. Asalkan ianya memberi faedah kepada peniaga atau pelanggan, ia pasti akan beri hasil yang positif!






February 26th, 2008 at 10:15 pm
Di negara2 barat dan Jepun tempahan makanan boleh di buat melalui internet dan dihantar terus ke rumah. At least Restoran B sudah melangkah kearah itu. Tak mustahil di masa hadapan di Restoran B, tempahan boleh dibuat melalui internet…
February 27th, 2008 at 7:17 am
tahniah diatas creativiti anda
semuga tuhan luaskan lagi otak geliga anda amin
February 27th, 2008 at 7:37 am
Idea simple tapi ramai yang takut buat perubahan , contoh ada satu syarikat jualan lansung nih, saya bagi cadangan supaya diorang setup online referral system bersepadu seperti yang dibuat syarikat lain tapi diorang pejam 2 belah mata , pastu dok asyik komplen , bising2 kerajaan tak bantu lah, syarikat lain main tipu lah, lol sapa suruh ko tak ikut teknik pemasaran terkini.
February 27th, 2008 at 6:06 pm
Menarik idea ni. Kalau di tempat saya ni kedai makan nak makan apa semua RM2 sahaja tapi kalau nak bawak pulang nak dekat satu jam kene tunggu. Maklumlah ramai orang bukan senang nak cari kedai makan RM2 je.
March 3rd, 2008 at 12:57 am
lepas ni mesti nyesal abes gerai A tu apabila lihat gerai B maju. pastu baru nak nyesal. harap2 gerai A tahu la apa kesilapan dia sebelum ini agar dia dapat melakukan perubahan untuk lebih maju lagi.
March 4th, 2008 at 8:03 pm
Menyesal atau tak. Terpulang pada dia la. Tapi mungkin dia ada sebab sendiri kot tak wat camtu. Mana kita tahu kan? Apapun, idea tu memang best. Bolehlah aku apply kat kedai sate. Kalau aku nak 20 cucuk. Diorang masak. DAlam 10-15 minit aku sampai. Kan senang..
March 11th, 2008 at 7:28 am
Masa aku buka kedai makan dulu aku ada gak rancangan nak guna idea ni. Tp belum pun sempat melangkah jauh si pengurus kedai tu berenti keje la pulak! Hampeh…
March 13th, 2008 at 2:14 am
fuhhh ni first time saya dengar…memang betul kreatif idea u ni….patut di kongsi ni
March 17th, 2008 at 11:17 pm
salam, tq bagi idea ini.
September 12th, 2008 at 1:30 pm
oo..sama la cara kita.. saya pun selalu g kedai tomyam ni n penat menunggu.. so, saya pun dapat idea mintak no hp dia. lagi 15-20minit nak sampai saya call.. tapi saya tak tau la plak dia practice kan atau tak cara tu kat customer lain..