Penemuan Menarik Di Kedai Dobi…
Tips Bisnes, Perniagaan, Idea Bisnes January 29th, 2008Baru-baru ini saya ke kedai dobi berhampiran kediaman saya. Memang jarang saya menjejakkan kaki ke kedai dobi melainkan menghantar pakaian untuk cucian kering (dry cleaning). Lagipun biasanya tiada perkara menarik berlaku di kedai dobi melainkan perkara rutin yang biasa kita lihat di kedai dobi di sana-sini. Biasalah… hantar baju, timbang pakaian, ambil pakaian, buat bayaran dan sebagainya. Namun kunjungan saya ke kedai dobi kali ini sedikit berbeza…
Ketika mendaftar untuk cucian kering bagi blazer (sejenis ‘kot’) saya, saya terpandang seorang wanita yang berdiri di sebelah saya mengambil 2 bungkusan pakaiannya yang telahpun dicuci, tapi salah satu bungkusan plastik kelihatan agak aneh… Sambil tersenyum, dia terus berlalu meninggalkan saya yang masih berteka-teki tentang isi kandungan beg plastik yang aneh itu…
Dalam kebingungan, saya bertanya kepada tokey kedai tersebut, ‘Kat sini ada servis basuh kasut sekolah ke?’
Dia jawab, ‘Ha’ah!… upah cuci sepasang kasut sekolah hanya RM3, siap kapur!’
Dalam perbualan lanjut dengan tokey dobi itu, rupanya ramai juga pelanggan yang hantar kasut sekolah anak mereka untuk dicuci di kedainya! Asalnya ada pelanggan yang bertanya boleh ke basuh kasut sekolah sekali. Tokey kedai dobi ini pula fikir asalkan masyuukk, apa salahnya! Itulah puncanya…
Saya tak pasti dengan anda, tetapi saya tak pernah jumpa servis sebegini di kedai-kedai dobi lain. Ataupun ini menunjukkan betapa sudah berkurun lamanya saya tak pergi ke kedai dobi…
Hmmm… inilah pentingnya dengar pendapat dan fikirkan keperluan pelanggan!






January 29th, 2008 at 1:20 pm
hu.. syia pun tak nah dengar biase nye kalau nak cepat kering kasut mak letak bawah peti ais.. mak kata situ panas
January 29th, 2008 at 4:09 pm
Itulah sebenarnya salah satu sikap usahawan sebenar.
Berusaha sedaya-upaya dalam perniagaan.Bilalah saya nak ada sikap macam tu ye…
-TakLaku.Com-
January 29th, 2008 at 9:49 pm
Basuh kasut sekolah dalam mesin basuh tuu.. selalu laa..saya buat untuk anak-anak tapi servis cuci kasut sekolah ini baru first time dengar. Good improvement..!!!
January 30th, 2008 at 10:20 am
ehmm..mmg bagus servis cuci kasut ni…bukan apa..bg saya cuci kasut ni merupakan perkara yg amat2 sy tak suka..leceh betul. Tak pernah pulak sy cuba pakai mesin basuh utk cuci kasut.tak rosak ke kasut tu, ataupun, tak pendek ke “jangka hayat” mesin tu?
Sbg ibu mithali/mama vogue (hehehe), sy dahpun ‘train’ anak sy yg darjah 1 tu basuh & kapur kasut sendiri..bukan apa, supaya dia tahu berdikari dan uruskan sendiri perkara2 yg mudah..takdelah semuanya mama & ayah yg kena buat…ok tak strategi sy ni?
Anyway, rasanya berbaloi kalau nak hantar sepasang kasut RM3 utk dicuci siap kapur tu…!!! Pastinya strategi kedai dobi tu berjaya menarik ramai pelanggan…
January 30th, 2008 at 12:08 pm
Kat bawah freezer tu memang panas pun tapi hati2 ler .
Ahaks , form 4 dan form 5 saya tak pernah basuh kasut walapun mengkapur! saya pakai black shoe , orang lain ingat saya nih pengawas sekolah , he he he he .
January 30th, 2008 at 7:55 pm
Anak saya pun basuh kasut pakai m lagiesin basuh. Belum pernah dengar lagi basuh kasut dikedai dobi….
January 30th, 2008 at 8:52 pm
ni ler kali pertama saya dengar kedai dobi kasut sekolah…haaaa tu idea yang bagus untuk ditiru bagi usahawan kedai dobi
January 31st, 2008 at 10:30 am
ko ni biar betul muaz… ko sebenarnya pengawas ke tidak? selamba ajer.. takkan 2 tahun org tak perasan kot… ehmmm..ntah lah..
January 31st, 2008 at 10:54 am
Masa saya darjah 4, masa tu musim hujan. Letak kasut bawah peti ais pun tak kering jugak.
Arwah nenek saya dgn konfiden & selambernya masukkan kasut sekolah saya tu dalam oven (oven yg besar tu). Memanglah kasut tu kering, tapi jadi semakin panjanglah pulak, macam kasut badut. 3 pasang pulak tu… Hahaha!
Esoknya saya pegi sekolah pakai selipar…
January 31st, 2008 at 4:40 pm
kelakar..kelakar..
oven jd ‘test bed’ utk keringkan kasut.. so, ternyata salah strategi dan tak boleh diikuti lah ye….ehmm..tak pasal2 kena beli kasut baru.. lebih berbaloi hantar kat kedai dobi rumah tazilan tu..baru RM3 sepasang, siap kapur!
February 4th, 2008 at 6:29 am
Actually masa tu baru balik dari sm teknik , tu pasal pakai kasut hitam then masa form 5 ha ha ha ha , junior nampak cam saya pengawas ehem dengan rambut disikat rapi , sepasang mata John Rambo, badan besar 5f 10inc . Memang sejibik cam pengawas , ha ha ha
Dulu masa form 1 jadi pengawas , pelopor kat sekolah baru sebagai pengawas. Then masa form 3 pindah sekolah , tu ada exp goreng bebudak tu. he he he he
February 15th, 2008 at 11:38 am
heh3. memang masih ramai mak bapak atau anak2 yang malas nak basuh kasut sekolah. hehe.
February 29th, 2008 at 12:09 pm
waa..rasa nak buat kat rumah la..cuci kasut kat rumah..bukan kasut sekolah aje tapi semua jenis kasut ..siap wangi lagi..amacam bro..
February 29th, 2008 at 9:14 pm
Rasa-rasa anak-anak patut belajar basuh kasut sendiri…
March 2nd, 2008 at 2:26 am
hahaha…dasat ar idea nenek tazilan masuk oven…tp pndai plak dia tekan2 oven ek…tp ok gak…tak pasal2 dapat kasut baru…rezki tuh!
March 6th, 2008 at 11:04 am
ini punya cite pun ade.. makin lama orang makin malas sebab kuasa duit. maka penyakit pun cepat datang dan merebak. tiada nilai berdikari dapat di terapkan kepada generasi muda. siapa harus di salahkan? tak kan duit nak di salah kan … apa pun sikap manusia yang menjahanamkan nilai hidup manusia itu sendiri.
April 5th, 2008 at 12:28 am
Salam,
Usahawan memang sentiasa mencari peluang dan
berfikiran jauh.
Tapi, kita sebagai pengguna perlulah bijak berjimat
dalam berbelanja.
Selain itu, didiklah generasi muda agar lebih
berdisiplin. Bila dewasa nanti,agar pandai
berdikari dan membawa diri terutamanya jika
berada di perantauan.
Perkara yang mudah, seharusnya kita lakukan sendiri.
Hanya sekadar pandangan dari insan biasa;-p
April 12th, 2008 at 11:45 pm
hmm,
tak tempat aku pun tak da perkhidmatan cuci kasut sekolah
April 14th, 2008 at 2:19 pm
Hai!!!!klau mcm ni anak2 makin malas,tak macam datuk nenek kita yg gunakan tangan empat kerat.Sihat dan bertenaga.
September 16th, 2008 at 4:12 pm
kecik2 dulu mak aku selalu jemur kasut sebelah dapur kayu..sebab x sabar saya dekatkan kasut tu dekat2 dgn bara..selesai mandi siap nak gi sekolah tengok kasut dah hangus!…uwaaaa!,
October 27th, 2008 at 3:57 am
letak belakang peti sejuk kadang kasut jadi kekuningan jadinye nak cepat kering, sumbat surat khabar dalam kasut sampai penuh. surat khabar akan serap semua air pd kasut so tak payah risau hujan lagi, basuh malam pagi konfirm kering. nasihat dr peniaga dobi kecil kecilan. selamat mencuba.
December 29th, 2008 at 10:51 pm
sebagai pemilik kedai dobi, saya buat semua perkhidmatan mencuci termasuk juga mencuci kasut. lagi murah dikedai saya, sepasang RM1.20 tak termasuk kapur. kalu termasuk kapur RM1.50 sahaja. Kunjungi kedai saya di kedai dobi umi, no 8, jalan gemilang 1, taman gemilang 45300 sungai besar
December 29th, 2008 at 10:55 pm
saya pun buat perkhidmatan tu. cuci kasut sekolah, sepasang RM1.50 sahaja termasuk kapur.datangla kedai dobi seri melor, taman seri bedena, sungai besar. bila2 tepon je 019-2770705. perkhidmatan mengambil dan menghantar item cucian juga disediakan
February 25th, 2009 at 4:46 pm
Niaga dobi ni memang boleh buat duit.Masa kecik dulu pun, kalau nak ekspress kering kasuh. Sumbat kertas dalam kasut, lepas tu letak belakang peti sejuk. Kalau nak tip dobi silalah ke http://www.jomdobi.com.
March 14th, 2009 at 1:11 am
brilliant idea…