Sikap nak cepat, nak senang…
Perniagaan internet, Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan November 7th, 2007Salam sejahtera semuanya…
Aidilfitri tahun ini saya beraya sakan. Walaupun secara rasmi saya bercuti dari bisnes hanya selama 10 hari, namun minda saya masih bercuti. Saya masih berhari-raya! Tapi tak mengapa, saya rasa saya perlukan rehat ini setelah berpenat-lelah & stress dengan projek-projek saya sepanjang tahun ini.
Hmmm… inilah kelebihan bekerja sendiri atau memiliki bisnes sendiri! Jangan jeles!
Hari raya kali ini saya berkesempatan bertemu ramai saudara dan rakan-rakan lama yang telah lama tidak ketemu. Maka banyaklah cerita yang terkeluar dan diperkatakan. Rupa-rupanya mereka ini mengikuti perkembangan saya yang tak seberapa ini dalam perniagaan internet. Maka itulah topiknya… bisnes di internet!
Seperti yang telah diduga, ramai yang menyatakan minat melibatkan diri dalam bisnes, internet khususnya… Tapi yang hairannya, bukannya mereka nak buat sendiri tapi nak serahkan kepada saya untuk menjalankannya dengan alasan saya lebih mahir mengenainya.
Lebih menarik, ada seorang sahabat ini dengan bangga mengatakan bahawa beliau lebih suka bertindak bijak dengan menggunakan kelebihan/kepakaranĀ orang lain. Maksudnya, buat apa bersusah-payah nak buat sendiri kalau boleh pergunakan orang lain!
Inilah objektif post kali ini…
Untuk berjaya dalam apa jenis perniagaanpun, kita mestilah memiliki sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam bidang perniagaaan berkenaan. Tiada jalan mudah. Setiap kejayaan pasti menuntut kerja keras, usaha, keringat dan air mata.
Tidak salah jika kita ingin menjalin usahasama (JV) dengan sesiapapun, namun pastikanlah kita dan bakal JV partner itu mempunyai aset atau kelebihan yang seimbang. Jika tidak, pasti usahasama itu gagal. Yang selalu kita dengar, perkongsian bisnes itu mula gagal apabila ada pihak yang mendakwa dia yang berusaha lebih untuk kejayaan bisnes sedangkan yang lagi seorang kata dia yang keluarkan idea dan wang ringgit. Haa… macam mana tu?
Pendirian saya… saya hanya berminat bekerjasama dengan pihak yang ada asas dan faham selok-belok dan sepak terajang bidang perniagaan yang saya jalankan. Sepatutnya, kita dan partner kita itu saling lengkap-melengkapi demi kejayaan perniagaan kita itu.
Kepada sahabat saya itu, saya sarankan agar beliau meluangkan masa dan usaha mempelajari apakah itu perniagaan internet. Jangan hanya minat pelajari apakah kelebihan dan keseronokan… tapi cubalah ketahui juga apakah masalah, ancaman dan kesukaran yang sering dihadapi oleh setiap usahawan internet.
‘Yes brother… money can make money, but making money without proper knowledge & wisdom is only leading you to doom!’
Sikap nak cepat dan nak senang ini mestilah dihapuskan jika kita mahukan kejayaan sejati. Apa pendapat anda?


































November 7th, 2007 at 9:24 am
untuk memilih partner/JV perlu seseorang yang dipilih itu perlu mempunyai minat dan mahu belajar/mengetahui. tidak cukup hanya dengan menyumbang wang ringgit sahaja(untuk pernigaan internet).orang yang dipilih perlu paham dengan perniagaan internet. Tetapi jika perniggaan offline yang memerlukan modal yang besar partner yang mempunyai kewangan yang kukuh atau kebolehan mendapatkan sumber kewangan perlu andainya ia tidak mempunyai kepakaran tetapi berminat untuk JV, namun ianya perlu disertai dengan syarat2 tertentu untuk kepentingan kedua2 pihak(win win situation). Dalam memilih partner, rakan baik belum tentu sesuai sekiranya tidak diiringi dengan minat yang sama
November 8th, 2007 at 5:35 am
Untuk belajar ttg perniagaan internet memamg memakan masa. Saya sendiri ada projek pertama yang tertangguh beberapa bulan2 kerana proses try & error disamping kesibukan aktiviti2 makan gaji selain urusan keluarga.
November 10th, 2007 at 7:43 pm
Terima kasih atas komen anda…
Bagi saya tak salah jika nak eksploit pengalaman dan kelebihan orang lain, tetapi biarlah sepadan pula dgn apa yg boleh kita tawarkan. Modal tentunya penting, tetapi saya lebih prefer kepada partner yg dah sedia faham bidang tersebut.
Apa orang kata… sekufu? Begitulah…
November 11th, 2007 at 5:52 pm
Jika JV, tetapi satu pihak sahaja yang buat kerja, itu bukan JV namanya. :D… Itu umpama “hire” atau “mengarah” orang tersebut untuk buat kerja untuk kita.
JV ni biarlah sama rata buat kerja. Jika tak, memang tak menjadi JV… Akan timbul perselisihan faham dikemudian hari. Ini bahagian yang paling tak menarik.
Bak kata saudara tazilan, sekufu… mempunyai minat, pandangan serta komitmen yang sama. Contoh terdekat team saifulsham sendiri sahaja. :D… Saya amat tertarik dengan cara mereka berJV.