Susahnya Nak Cari Duit!
Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi November 23rd, 2007‘Susahnya nak cari duit! Tolonglah En. Tazilan, tunjukkan saya cara paling mudah nak cari duit. Bla bla bla…’
Itulah dialognya yang sering singgah di corong telefon atau email saya. Mula-mula dulu rajin juga saya cuba membantu mereka mencungkil kebolehan, pengetahuan dan kemahiran yang boleh menghasilkan pendapatan buat diri mereka. Sememangnya saya percaya setiap orang ada kualiti dan kelebihan masing-masing yang boleh dijadikan sandaran untuk menghasilkan pendapatan tambahan, cuma kebanyakan kita tidak menyedarinya.
Tetapi kini saya dah naik muak pula melayani pertanyaan sebegini. Ini kerana saya dah dapat lihat pola atau trendnya iaitu kecenderungan mendapat wang mudah tanpa perlu berusaha banyak. Kalau boleh dapat secara automatik, lagi bagus. Huh!
Ada juga yang mengadu segala usahanya tidak menjadi. Kesimpulan yang dapat dari pengadu sebegini, mereka ini mengusahakan sesuatu yang bukannya kemahiran atau minat mereka. Maknanya mereka melakukannya ‘out of passion’, mengharapkan pulangan dan laba yang besar semata-mata atau ikut-ikutan belaka. Tengok orang lain buat bisnes tu dapat untung besar, dia pun nak buat. Akhirnya, flop!
Hakikatnya saya bukanlah jutawan dan jauh sekali bertauliah untuk berikan konsultansi profesional berkaitan kewangan atau bisnes. Tetap saya memiliki kefahaman yang jelas bagaimana wang dihasilkan daripada usaha dan kemahuan yang kuat untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Ia bermula dari semangat dan keazaman dalam diri kita!
Tidak ada orang jadi senang atau berjaya dalam bisnes dengan hanya duduk-duduk sahaja sambil bergoyang kaki. Kalau anda berangan nak hidup senang dengan cara begini, lupakanlah! Percayalah, kita seronok lihat orang lain hidup mewah, kaya, berkereta mewah dan berbelanja besar. Tetapi terfikirkah kita betapa beliau telah berusaha keras, berkorban masa, mengeluarkan keringat bahkan air mata sebelum menikmati kesenangannya itu?
Dari pemerhatian saya, kebanyakan kita nak senang dengan cara senang juga. Sindrom tak nak kerja susah ini akan melemahkan survival bangsa kita. Rakyat negara lain berebut-rebut datang ke Malaysia untuk cari rezeki tapi orang kita pula kata susah nak cari duit kat sini. Macamana tu?
Saya puji rakyat Indonesia yang gigih berusaha mencari rezeki. Mereka datang ke sini mempertaruhkan nyawa dan meninggalkan kampung halaman semata-mata menampung kehidupan diri dan keluarga mereka di kampung.
Mungkin kerana tekanan dan kesempitan hidup menjadikan mereka ini bangsa yang gigih dan kreatif dalam mencari sesuap nasi. Bila tengok orang Indonesia ini semakin senang di negara kita, bisnes kedai runcit atau warung, boleh sewa rumah teres, beli kereta secara tunai, pakai handphone mahal, beli barang kemas… pandai pula orang kita cemburu! Orang tu berusaha perbaiki kehidupannya, kita?
Betul ke susah nak cari duit?
p/s: Artikel ini ada sambungannya. Saya bertemu seorang pendatang Indonesia ketika menziarahi orang tua saya di Seremban minggu lalu dan tertarik dengan usahanya mencari rezeki di sini. Akan saya kongsikan di sini dalam post berikutnya.


































November 25th, 2007 at 4:41 pm
Tak susah cari duit jika kita berdikari. sepatutnya tanya pasal tip bina perniagaan internet, bukan tanya pasal duit.
November 25th, 2007 at 9:55 pm
Betul tu Randavi…
Teringat permintaan penduduk Acheh ketika dilanda tsunami dulu. Bukannya mereka tak bersyukur dgn bantuan makanan dan ubatan dari negara2 jiran, tapi mereka lebih suka jika diberi bantuan yang membolehkan mereka membantu diri mereka sendiri, bina semula kehidupan mereka.
Kata mereka, ‘Jika beri kami ikan, ia nya akan habis dimakan dan kami akan meminta-minta lagi. Tetapi jika kami diberi kail, dapatlah kami gunakannya untuk menangkap lebih banyak ikan lagi buat diri dan keluarga kami…’
Renungkanlah bersama.
November 26th, 2007 at 5:34 am
kalau ckp pasal duit ni,sume orang pun dok pk macam mane nak dapat duit dengan senang dan cepat. Tapi kalau tanpa usaha da cara yang betul,semua tu takkan jadi kenyataan. Jangan pula kita jadi macam mat jenin. Suka dok berangan je,usahanye tak nampak apa pun.
November 29th, 2007 at 8:03 am
Setuju Tazilan. Mentaliti ini pernah saya ada dulu, tapi alhamdullillah, saya berikrar meninggalkannnya
December 1st, 2007 at 10:24 am
memang ramai yang mengharapkan jalan mudah untuk mencari duit. angan-angan mereka ini memang mustahil jika tidak disertakan dengan azam dan usaha yang gigih
June 27th, 2008 at 4:29 am
Aslm,
dari sikit itulah hasilnya kemudian digunakan semula hasil sebagai modal pusingan.. dlu sy fikir mcm2 perlu ada utk mulakan bisnes kn ada itulah inilah.. jd sy amek lgkah bijak sket la sambil kt bantu org berniaga dpt peluang berniaga kt amek juga produk mereka utk dptkn komisyen.. kalo nk buat kdai bege pun kn kua modal sndiri dlu.. so kalo xnak kua modal. kt jualkan bege die. die dpt bhgian die kt pun dpt bhagian kt..