Susahnya Nak Cari Duit!

Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi 6 Comments »

‘Susahnya nak cari duit! Tolonglah En. Tazilan, tunjukkan saya cara paling mudah nak cari duit. Bla bla bla…’

Itulah dialognya yang sering singgah di corong telefon atau email saya. Mula-mula dulu rajin juga saya cuba membantu mereka mencungkil kebolehan, pengetahuan dan kemahiran yang boleh menghasilkan pendapatan buat diri mereka. Sememangnya saya percaya setiap orang ada kualiti dan kelebihan masing-masing yang boleh dijadikan sandaran untuk menghasilkan pendapatan tambahan, cuma kebanyakan kita tidak menyedarinya.

Tetapi kini saya dah naik muak pula melayani pertanyaan sebegini. Ini kerana saya dah dapat lihat pola atau trendnya iaitu kecenderungan mendapat wang mudah tanpa perlu berusaha banyak. Kalau boleh dapat secara automatik, lagi bagus. Huh!

Ada juga yang mengadu segala usahanya tidak menjadi. Kesimpulan yang dapat dari pengadu sebegini, mereka ini mengusahakan sesuatu yang bukannya kemahiran atau minat mereka. Maknanya mereka melakukannya ‘out of passion’, mengharapkan pulangan dan laba yang besar semata-mata atau ikut-ikutan belaka. Tengok orang lain buat bisnes tu dapat untung besar, dia pun nak buat. Akhirnya, flop! Read the rest of this entry »

Kisah Saya dan ‘Anugerah Penyapu’

Inspirasi, Motivasi 7 Comments »

Saya yakin semua orang tahu kontroversi ‘Anugerah Penyapu’ yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo. Sesungguhnya saya hormat beliau kerana berani mencuba pendekatan reverse psychology demi meningkatkan prestasi agensi dan kakitangan kerajaan negeri.

Sebab itulah saya kurang faham apabila banyak pihak yang emosi dan mengkritik anugerah penyapu tersebut. Pastinya mereka hanya melihat dari perspektif yang negatif belaka, bukannya dari perkara positif yang akan terhasil selepas itu.

Untuk jadi bangsa maju, kenalah ubah sikap. Adakalanya saya lihat sikap lemah-lembut, berbudi-bahasa dan mentaliti ‘tak apa’ telah banyak merencat sedikit sebanyak kemajuan bangsa kita. Maka jadilah kita bangsa yang perlahan kemajuannya kerana sikap manja, tak boleh ditegur dan kurangnya semangat bersaing atau semangat menjalankan tugas dengan sempurna. Maka itu, hasilnya pun tak sempurna atau ala kadar sahajalah.

Kenapa saya sokong anugerah penyapu tersebut? Sebenarnya saya sendiri pernah terima anugerah penyapu suatu ketika dahulu. Berminat nak tahu cerita saya? Read the rest of this entry »

Sikap nak cepat, nak senang…

Perniagaan internet, Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan 4 Comments »

Salam sejahtera semuanya…

Aidilfitri tahun ini saya beraya sakan. Walaupun secara rasmi saya bercuti dari bisnes hanya selama 10 hari, namun minda saya masih bercuti. Saya masih berhari-raya! Tapi tak mengapa, saya rasa saya perlukan rehat ini setelah berpenat-lelah & stress dengan projek-projek saya sepanjang tahun ini.

Hmmm… inilah kelebihan bekerja sendiri atau memiliki bisnes sendiri! Jangan jeles!

Hari raya kali ini saya berkesempatan bertemu ramai saudara dan rakan-rakan lama yang telah lama tidak ketemu. Maka banyaklah cerita yang terkeluar dan diperkatakan. Rupa-rupanya mereka ini mengikuti perkembangan saya yang tak seberapa ini dalam perniagaan internet. Maka itulah topiknya… bisnes di internet!

Seperti yang telah diduga, ramai yang menyatakan minat melibatkan diri dalam bisnes, internet khususnya… Tapi yang hairannya, bukannya mereka nak buat sendiri tapi nak serahkan kepada saya untuk menjalankannya dengan alasan saya lebih mahir mengenainya.

Lebih menarik, ada seorang sahabat ini dengan bangga mengatakan bahawa beliau lebih suka bertindak bijak dengan menggunakan kelebihan/kepakaran orang lain. Maksudnya, buat apa bersusah-payah nak buat sendiri kalau boleh pergunakan orang lain!

Inilah objektif post kali ini… Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login