Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Video, Masyarakat October 11th, 2007Setelah sebulan berpuasa, maka kini tibalah Aidilfitri… Sabtu ini (13/10/07) umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal.
Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan perniagaan dan pengunjung blog ini. Jika ada salah dan silap, tutur kata atau tulisan yang kurang menyenangkan, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf daripada anda semua. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. manakala yang kurang itu tentunya berpunca dari kelemahan diri saya sendiri.
Sukacita juga saya war-warkan, selepas Aidilfitri ini saya akan menumpukan tenaga untuk projek-projek terbaru saya untuk tahun 2008. Untuk itu, saya pasti mengharapkan sokongan anda. Tanpa anda semua, saya takkan mengecapi kejayaan yang saya nikmati pada hari ini.
Saya dan keluarga akan bercuti selama seminggu. Insyaallah balik ke kampung, tak jauh… keluarga belah isteri duduk di Ulu Klang manakala keluarga saya pula tinggal di Rasah, Seremban. Jadi, takdelah masalah sangat…
Semoga anda semua bergembira bersama keluarga sempena lebaran ini, namun jangan lupa berhati-hati di jalanraya.
Salam Aidilfitri…
p/s: saya sertakan video iklan raya beberapa tahun lalu…






October 11th, 2007 at 10:50 pm
SELAMAT HARI RAYA. Maaf Zahir & Batin. Raya kat maner?
October 13th, 2007 at 3:46 pm
Selamat Hari Raya Abooain.. maaf zahir dan batin. Saya beraya dgn keluarga di Ulu Klang & Seremban…
October 23rd, 2007 at 3:39 pm
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
October 24th, 2007 at 12:11 am
Rayo tak buet open house ko?
Selamet Haqi Rayo dari den di Seremban2
October 24th, 2007 at 12:27 am
Selamat hari raya. Maaf Zahir dan batin.Berhati-hati ketika memandu dimusim perayaan.Ingat orang tersayang.