Bila saya sebutkan bisnes aksesori, saya tak menghadkan skopnya hanya kepada aksesori wanita sahaja. Aksesori bermaksud barangan perhiasan atau peralatan tambahan yang akan menambahbaik atau memberi nilaitambah kepada sesuatu produk asal.

Baiklah, selain aksesori wanita… kita juga sudah sinonim dengan bisnes aksesori untuk kenderaan, tak kiralah kenderaan itu berupa kereta, motosikal, basikal dan sebagainya. Boleh dikatakan, pemilik kenderaan mana yang tak pernah membeli dan memasang aksesori tambahan kepada kereta atau motosikalnya?

Tak dapat dinafikan lagi, bisnes aksesori khususnya untuk kenderaan bermotor sememangnya telah menjadi industri yang besar! Lebih hebat lagi apabila pengeluar aksesori itu sendiri telah menjadi jenama yang setanding dengan jenama asal kenderaan. Sekadar contoh; Kleeman, Brabus, Wald dan banyak lagi…

Tetapi post kali ini bukannya nak bincangkan mengenai industri aksesori kenderaan, tetapi aksesori kasut! Saya dapat tahu mengenai bisnes ini apabila menonton Oprah di TV!

Saya sendiri tak terfikir rupanya ada orang yang telah buat jutaan dollar menjual Jibbitz atau manik hiasan khusus untuk kasut Croc yang identitinya memang berlubang-lubang itu. Dengan Jibbitz, seseorang boleh upgrade atau customized kasut Crocnya dengan selera dan kehendaknya sendiri. Ewahh… macam mekap keretalah pulak!

Anda boleh lawati http://www1.jibbitz.com/ untuk ketahui lebih lanjut perniagaan aksesori untuk kasut ini.

Agaknya aksesori apa lagi yang belum ada orang buat?

p/s: Tak minat bazir duit mekap kereta. Setakat beli car fragrance tu adalah…