Kena Tag Lagi…
Keusahawanan September 5th, 2007Nampaknya permainan tagging ni dihidupkan semula, kali ini dimulakan oleh Shuth. Ketika ini saya sedang outstation di Sabah. Agak bosan di sini, itulah saya ambil kesempatan update blog ini sekejap.
Secara jujurnya, saya kurang berminat dengan perkara sebegini. Tetapi memandangkan saya telah di tagged oleh beberapa rakan seperjuangan, rasanya wajarlah saya bersikap sporting sikit… Nanti dikatakan “dahlah low-profile, menyombong pula”. Tak bagus juga, kan?
Lagipun sebenarnya sedang berfikir apakah kebaikannya tagging ni, tetiba saya teringat… hari ini 5 September merupakan harijadi Shuth. Happy besday Shuth! Semoga sihat, panjang umur, bahagia dgn keluarga dan dimurahkan lagi rezeki yg dah sedia murah tu…
Oklah, tagging ni mengenai 5 perkara mengenai diri kita yang orang lain tak tahu. Hmm… sememangnya orang yang low-profile seperti saya agak keberatan nak dedahkan perkara-perkara sebegini. Tapi kerana semangat kesukanan (sporting), saya cuba…
-
Saya menguruskan bisnes dari rumah sahaja sejak 3 tahun lepas. Sebuah bilik di tingkat atas dijadikan pejabat yang lengkap dengan segala peralatan bisnes dan sistem komunikasi. Pada mulanya (2003) buka pejabat di Bandar Sunway dengan kadar sewa RM2500 sebulan dan 5 kakitangan. Tetapi saya perasan suatu perkara… dengan perbelanjaan ubahsuai pejabat yang besar, sebenarnya hampir tiada pengunjung yang datang ke pejabat saya melainkan makcik cleaner, posmen, pekerja sykt courier, pemeriksa meter elektrik dan air sahaja! Maklumlah, jenis perniagaan saya ini (konsultansi) jarang pelanggan datang ke pejabat, sebaliknya saya yang ke tempat mereka! Sebenarnya seronok beroperasi dari rumah. Kini 3 kakitangan saya pun bertugas dari rumah masing-masing, cuma meeting di rumah saya ini sekali seminggu ataupun bila perlu…
-
Ramai sangka saya ini expert tentang IT atau perniagaan internet. Rasanya Dr. Irfan Khairi dan Shuth tahu latarbelakang saya dlm kemahiran komputer ni. Hakikatnya saya sendiri newbie yang tak jemu-jemu belajar tentang perniagaan internet. Setiap hari, ada sahaja perkara baru yang saya pelajari. Sekarang ni pula tengah belajar-belajar sendiri guna Photoshop. Setakat ini saya memiliki 5 laman web… 2 laman web tempatan manakala 3 lagi saya tumpukan di pasaran antarabangsa. 3 laman web ini saya gunakan nama samaran orang putih!
-
Untuk makluman anda, bagi 2 laman web pasaran tempatan saya itu, purata sehari saya terima 10 email atau SMS meminta bantuan dan mengadu masalah kewangan. Bila tak dilayan atau tak dapat bantu, adakalanya saya disumpah atau dimaki. Selain terima panggilan telefon (rekod terhebat - jam 3 pagi), ada juga yang terus datang ke rumah tanpa temujanji menyebabkan saya padamkan alamat dalam laman web saya tersebut. Ada yang ajak jumpa untuk bincang potensi perniagaan, rupa-rupanya jual insurans, MLM, agen unit trusts atau nak pinjam duit! Susah juga… sekarang ini ada perasaan was-was atau bimbang untuk jawab panggilan telefon. Jika nak tanya tentang produk saya, tiada masalah… tetapi bila ajak jumpa atau minta bukan-bukan, saya berasa cuak! Maka tak hairanlah Alang pun ada bertegas tentang perkara ini. Bila difikir-fikir, bahaya juga!
-
Setiap hari, sejak setahun setengah yang lalu, saya terima lebih kurang 10-15 borang tempahan palsu bagi pembelian 2 ebook saya yang berbahasa Melayu. Nasib baiklah ada staff bantu uruskan laman web ini. Jika tidak, tak terlayan saya. Kalaulah semuanya tulin, maka conversion rate 2 laman web saya itu tentulah amat tinggi! Sedih beb bila difikirkan sikap segelintir orang kita yang nak ilmu secara percuma… dengan cara menipu pula tu!
-
Lebih ramai kawan berbangsa Cina dan India berbanding Melayu. Entah kenapa, saya tak tahu… sejak bangku sekolah dah begitu. Oh ya! Saya ni mixed, hehehe! Minang sebelah Abah dan Bugis sebelah Mak. Isteri saya pula ada darah campuran Belanda!
Itulah dia 5 perkara yang boleh saya fikirkan pada masa ini. Letih dan bosan di sini. Tak sabar nak balik Jumaat ini!
p/s: saya tak berniat sambung tagging ini, maafkan daku Shuth!






September 6th, 2007 at 9:52 am
oh!.. sampai kat blog tazilan wish besday saya.. terharunya.. ho! ho!.. thanks tazilan.
September 6th, 2007 at 3:50 pm
Wah, sama ler kita bugis tapi saya mix macam-,macam , Bugis + Jawa + Kashmir + Cina = Muhammad Muaz
Pasal tempahan palsu tu, letak image validation kod dan catit nombor ip(scammer) dan ban ip tersebut! Baru best camtu.
Saya nak tahu how bro uruskan orang yang datang nak promote MLM , atau skim cepat miskin , pinjam duit , tanya soklan pelik-pelik ? Mesti ada teknik khas untuk menangani situasi camtu kan?
September 10th, 2007 at 11:02 am
Takdelah teknik khas…
Cuma saya katakan mereka tak jujur kerana berdalih atau tak menyatakan hasrat sebenar semasa nak appointment dgn saya. Konon nak tanya ttg bisnes internet atau nak minta pandangan idea bisnes mereka, rupa2nya lain niat di hati.
Saya katakan tepat kepada mereka… macam mana saya nak percaya dan yakin berurusan dgn mereka sekiranya awal2 lagi dah cuba nak perdayakan saya; lain di mulut lain di hati…
Selalunya merahlah telinga mereka tu bila saya ‘bahasakan’ mereka sedemikian.
September 12th, 2007 at 12:02 am
Assalamualaikum…saudara Tazilan…
saya sendiri pun tak berani letak alamat rumah untuk perniagaan internet saya.Sekarang ni saya guna alamat kedai kakak untuk perniagaan internet saya.Itu pun memang ada yang mencari alamat tersebut tapi tidak dapat berjumpa dengan saya kerana saya menetap di Selangor…
Memang lumrah manusia ni..bila kita berduit, berpusu-pusu orang dekat dengan kita..kalau takde duit, takde pulak nak tolong
September 12th, 2007 at 7:33 am
Betul Azahari, niat asal saya letakkan alamat dan nombor telefon tu sebagai jaminan perniagaan saya sah wujud dan juga sebagai rujukan sekiranya ada yg ingin berinteraksi secara baik dgn saya atas sebab atau urusan yang sahih.
Tapi apabila suatu malam, ada 4 pemuda tak dikenali dalam satu kereta tiba2 terpacul nak berjumpa saya, diajaknya berborak ttg bisnes tanpa sebarang temujanji… saya terfikir keluarga saya boleh terdedah kepada bahaya sekiranya mereka tu punya niat jahat. Minta dijauhkan!
Rupanya ada lagi manusia yang tak gunakan akal fikiran, main redah aje… Atas sebab keselamatan, saya padamkan sebahagian alamat rumah dlm website saya.
September 12th, 2007 at 2:57 pm
Kekadang kita cakap lepas orang marah tetapi nak watt camna kena cakap gak arr tanpa berlapik lagi .
Kalau kat Tanah Besar Seberang Prai nih diorang memang style cakap lepas tak berlapik dah , orang luar dengar cam kurang ajar tapi dah budaya disini.
Rasanya elok daftar alamat virtual office cam Irfan Khairi dan Zul buat tu. Yuran dia tinggi wo. Skang nih alamat US saya ada tapi sesuai ker letak kat website ?
September 12th, 2007 at 9:59 pm
Akhirnya… dapat juga tahu something pasal saudara Tazilan yg sebelum ni orang tak tahu…
October 2nd, 2007 at 3:38 pm
Wah, rupanya saudara tazilan nih bukanlah pro IT dulu, macam tak percaya pula. Saya nak tanya pendapat saudara tazilan tentang blog free ( cth:Blogspot). Bolehkan buat duit dengan blog free.?