Kempen Keselamatan Jalanraya
Jenaka & komedi, Video, Masyarakat September 27th, 2007Tiba sahaja musim perayaan, maka mulalah kadar kemalangan jalanraya meningkat dengan mendadak. Sudah banyak usaha dan peringatan diberikan agar pengguna jalanraya lebih berhati-hati, namun nampaknya jumlah kemalangan tetap meningkat saban tahun. Tahun ini nampaknya kita banyak kes kemalangan yang melibatkan bas. Di mana silapnya, ya?
Saya baru sahaja pulang dari Bangalore, India. Masyaallah, jika selama ini saya rasa ‘fedup’ dengan keadaan trafik dan sikap pemandu di KL, JB dan Georgetown, Penang…. rupa-rupanya keadaan trafik dan gelagat pemandu kenderaan di Bangalore 10 kali ganda lebih teruk!
Saya berkesempatan mengembara ke banyak negara dan kesimpulannya, ketamadunan dan kualiti sesuatu masyarakat boleh juga dinilaikan dari sikap pemandu kenderaannya. Pemandu di Malaysia dan Bangalore saya kira masih tebal dengan mentaliti dunia atau kelas ketiga walaupun kemudahan yang disediakan bertaraf kelas pertama dunia! Semuanya nak cepat. Asyik-asyik dia aje nak jalan dulu.
Namun berbeza dengan pengalaman memandu di York, England dahulu. Pernah saya melalui sebuah simpang empat yang mana lampu isyaratnya rosak ketika waktu puncak. Saya terkejut kerana setiap pemandu dari setiap simpang dengan penuh berhemah mengambil giliran masing-masing tanpa perlu sesiapapun menjaga trafik!
Kalau kat sini, mau bergaduh dibuatnya kerana masing-masing nak jalan dulu!
Di sini saya sediakan video iklan khidmat komuniti yang dihasilkan oleh Proton berkaitan dengan kempen keselamatn jalanraya. Nampaknya Proton dah mulakan langkah untuk kembali mendominasi pasaran automotif nasional. Dari perancangan yang saya tahu, hebat!
Jangan sekadar menonton video ini… ambillah iktibarnya!






September 29th, 2007 at 12:31 pm
Pelik jugak kenapa ye pemandu di Malaysia ni macam tu. mungkin cuacu pun turut mempengaruhi.
October 2nd, 2007 at 3:08 pm
Memang betul, pemandu kat malaysia nih tidak berhemah. Tapi saya percaya kemalangan akan dapat dikurangkan dalam 2-3 tahun lagi.
December 23rd, 2009 at 2:43 pm
dalam 2-3 tahun ni xtentu rakyat malaysia dapat berhemah.. kena tgu ade polis disetiap trafik bru berhemah rasenya.. huhuhu