Hadiah Ramadhan - Al-Quran Online!
Hebahan, Masyarakat September 11th, 2007Nampaknya Ramadhan tiba lagi. Terbuka luas untuk kita semua perbanyakkan amal ibadat sempena bulan yang mulia ini.
Sebenarnya saya amat gembira dan bahagia kerana telah terjumpa sebuah laman web yang amat berguna dan berfaedah. Dan atas semangat persaudaraan dan persahabatan dengan anda semua, saya ingin berkongsi dengan anda semua sesuatu yang amat istimewa! Apakah dia?
Sebenarnya laman web yang saya maksudkan tersebut adalah laman web yang membolehkan kita mendengar, membaca dan memahami terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran!
Laman web ini percuma sahaja dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan. Sebaik-baiknya gunakan browser Internet Explorer.
Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca A-Quran dan banyak lagilah! Malah dengan membaca bersama dengan audio tersebut, kita boleh memperbaiki sebutan dan bacaan kita. Saya berasa dirahmati… jika selama ini adakalanya berat juga membaca Al-Quran, kini saya berpeluang membaca Al-Quran dengan memahami maksud dan terjemahannya sekali!
Nampaknya, kemungkinan saya khatam 30 juzuk Al-Quran pada Ramadhan kali ini lebih meyakinkan, insyaallah! Saya harap.. begitu juga dengan anda dan keluarga anda.
Silalah layari laman web ini : http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx
Dan jangan lupa, sebarkan link ini kepada rakan dan saudara anda agar mereka juga mendapat faedahnya, insyaallah.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!






September 11th, 2007 at 10:11 pm
Disini saya juga ingin berkongsi laman yang memberikan Quran percuma . Bolih download dialamat : http://www.shaplus.com , Quran Reciter 4.0 beta 1. beserta mp3 Qari Said Al Ghamdi dan disediakan juga terjemahan dalam berbagai bahasa termasuklah bahasa Malaysia. Bagi yang menggunakan windows vista juga tidak menjadi masalah cuma perlu install sebagai Run as Administrator.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak
September 11th, 2007 at 10:18 pm
Selamat Menyambut Ramadhan kpd Encik Tazilan dan keluarga..
Thanks link hadiah tu..
September 12th, 2007 at 7:23 am
Terima kasih Capth, Fai
September 12th, 2007 at 9:07 am
Askm
Terima Kasih Mr. Tazilan. Selamat Menyambut Ramadan.
TQ
September 12th, 2007 at 2:00 pm
teriama kasih bang!
September 12th, 2007 at 5:43 pm
thanks bro, lama dah kita tk bersua…semoga di bln mulia ini akan memberkati kita semua. amin
September 12th, 2007 at 10:01 pm
Terima kasih untuk link tersebut & Selamat Berpuasa kepada semua!
September 12th, 2007 at 10:53 pm
Assalamualaikum,
Terima kasih Sdr. Tazilan atas link tersebut. Semoga bulan puasa tahun akan membawa keberkatan kepada kita semua. Selamat berpuasa.
September 14th, 2007 at 9:45 am
Terima kasih dengan perkongsian ini. Semoga semua mendapat keberkatan.
September 17th, 2007 at 11:41 pm
Semoga perkongsian en tazilan akan membantu kita sama-sama membaca AL-Quran.. AMIN….
September 18th, 2007 at 9:37 pm
happy ramadhan broo..
September 19th, 2007 at 7:28 am
Syukurlah anda semua gembira dgn perkongsian ini. Terima kasih kembali dan selamat beramal di bulan Ramadan ini.
September 23rd, 2007 at 12:26 am
Terima kasih for this wonderful gift. Just what I need for bulan Ramadan.
Is there a Rumi version of the ayat ayat?
Selamat Berpuasa