Kempen Keselamatan Jalanraya

Jenaka & komedi, Video, Masyarakat 2 Comments »

Tiba sahaja musim perayaan, maka mulalah kadar kemalangan jalanraya meningkat dengan mendadak. Sudah banyak usaha dan peringatan diberikan agar pengguna jalanraya lebih berhati-hati, namun nampaknya jumlah kemalangan tetap meningkat saban tahun. Tahun ini nampaknya kita banyak kes kemalangan yang melibatkan bas. Di mana silapnya, ya?

Saya baru sahaja pulang dari Bangalore, India. Masyaallah, jika selama ini saya rasa ‘fedup’ dengan keadaan trafik dan sikap pemandu di KL, JB dan Georgetown, Penang…. rupa-rupanya keadaan trafik dan gelagat pemandu kenderaan di Bangalore 10 kali ganda lebih teruk!

Saya berkesempatan mengembara ke banyak negara dan kesimpulannya, ketamadunan dan kualiti sesuatu masyarakat boleh juga dinilaikan dari sikap pemandu kenderaannya. Pemandu di Malaysia dan Bangalore saya kira masih tebal dengan mentaliti dunia atau kelas ketiga walaupun kemudahan yang disediakan bertaraf kelas pertama dunia! Semuanya nak cepat. Asyik-asyik dia aje nak jalan dulu.

Namun berbeza dengan pengalaman memandu di York, England dahulu. Pernah saya melalui sebuah simpang empat yang mana lampu isyaratnya rosak ketika waktu puncak. Saya terkejut kerana setiap pemandu dari setiap simpang dengan penuh berhemah mengambil giliran masing-masing tanpa perlu sesiapapun menjaga trafik!

Kalau kat sini, mau bergaduh dibuatnya kerana masing-masing nak jalan dulu!

Di sini saya sediakan video iklan khidmat komuniti yang dihasilkan oleh Proton berkaitan dengan kempen keselamatn jalanraya. Nampaknya Proton dah mulakan langkah untuk kembali mendominasi pasaran automotif nasional. Dari perancangan yang saya tahu, hebat!

Jangan sekadar menonton video ini… ambillah iktibarnya!

 

Peniaga Bidan Terjun

Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan 2 Comments »

 

Setiap bulan puasa, kita mesti tak boleh lari daripada mengunjungi pasar Ramadan. Pasar Ramadan ni semacam dah jadi tradisi… kalau tiada pasar Ramadan pasti puasa kita kurang meriah! Agaknyalah…

Di pasar Ramadan ini juga kita boleh menyaksikan keusahawan orang Melayu kita. Bilangan mereka ini amat ramai dan terserlahlah juga kebolehan dan juga kegigihan mereka menghasilkan atau menjual sesuatu. Jadi siapa kata orang kita tak boleh berniaga? Siapa kata orang Melayu malas & tak nak berusaha?

Read the rest of this entry »

Kisah surau dan masjid…

Renungan, Masyarakat 4 Comments »

Sempena Ramadan yang mulia ini, saya terpanggil berkongsi minda berkaitan topik di atas. Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenainya tetapi memandangkan suasana semasa yang difikirkan bersesuaian, saya siarkan kali ini. Tulisan ini adalah sekadar pendapat ikhlas, pandangan dan harapan penulis semata-mata tanpa niat menuding jari kepada sesiapa. Semoga anda membaca artikel ini dengan hati yang terbuka, lapang dada dan menjadi renungan untuk sama-sama kita fikirkan.

Renungkan…

Kisah 1

Surau tempat saya berjemaah ini dianggap bertuah kerana mempunyai dana yang mewah hasil sumbangan ahli kariah yang rata-ratanya berduit dan berada. Dengan kutipan ribuan ringgit sebulan, surau kecil ini dianggap ‘kaya’ berbanding kebanyakan surau lain yang sering ‘kering’ kerana kekurangan sumbangan.

Sayangnya… dana kutipan bulanan ini disalurkan dihabiskan? kepada tujuan yang saya lihat tidak mendatangkan faedah kepada keseluruhan ahli kariah.

Jawatankuasa surau ini dengan tidak cerdiknya menghabiskan sebahagian besar dana kutipan untuk membayar upah penceramah yang datang berceramah berkempen setiap hari! Jika sehari upah berceramah ialah RM100, kalau dah 30 hari? Perkara ini telah berlanjutan sekian lama!

Untuk makluman… tindakan ini tidak dipersetujui majoriti jemaah dan kariah, namun barisan AJK surau yang tidak menghiraukan kepentingan semua jemaah (walaupun telah dibawa berbincang) mengakibatkan surau ini kurang diminati lagi untuk dikunjungi. Maka surau itu kini didominasi hanya 15-20 orang yang setiap hari setia mendengar ceramah yang berdegar-degar itu!

Read the rest of this entry »

Hadiah Ramadhan - Al-Quran Online!

Hebahan, Masyarakat 13 Comments »

Nampaknya Ramadhan tiba lagi. Terbuka luas untuk kita semua perbanyakkan amal ibadat sempena bulan yang mulia ini.

Sebenarnya saya amat gembira dan bahagia kerana telah terjumpa sebuah laman web yang amat berguna dan berfaedah. Dan atas semangat persaudaraan dan persahabatan dengan anda semua, saya ingin berkongsi dengan anda semua sesuatu yang amat istimewa! Apakah dia?

Sebenarnya laman web yang saya maksudkan tersebut adalah laman web yang membolehkan kita mendengar, membaca dan memahami terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran!

Laman web ini percuma sahaja dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan. Sebaik-baiknya gunakan browser Internet Explorer.

Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca A-Quran dan banyak lagilah! Malah dengan membaca bersama dengan audio tersebut, kita boleh memperbaiki sebutan dan bacaan kita. Saya berasa dirahmati… jika selama ini adakalanya berat juga membaca Al-Quran, kini saya berpeluang membaca Al-Quran dengan memahami maksud dan terjemahannya sekali!

Nampaknya, kemungkinan saya khatam 30 juzuk Al-Quran pada Ramadhan kali ini lebih meyakinkan, insyaallah! Saya harap.. begitu juga dengan anda dan keluarga anda.

Silalah layari laman web ini : http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Dan jangan lupa, sebarkan link ini kepada rakan dan saudara anda agar mereka juga mendapat faedahnya, insyaallah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

 

Kena Tag Lagi…

Keusahawanan 8 Comments »

Nampaknya permainan tagging ni dihidupkan semula, kali ini dimulakan oleh Shuth. Ketika ini saya sedang outstation di Sabah. Agak bosan di sini, itulah saya ambil kesempatan update blog ini sekejap.

Secara jujurnya, saya kurang berminat dengan perkara sebegini. Tetapi memandangkan saya telah di tagged oleh beberapa rakan seperjuangan, rasanya wajarlah saya bersikap sporting sikit… Nanti dikatakan “dahlah low-profile, menyombong pula”. Tak bagus juga, kan?

Lagipun sebenarnya sedang berfikir apakah kebaikannya tagging ni, tetiba saya teringat… hari ini 5 September merupakan harijadi Shuth. Happy besday Shuth! Semoga sihat, panjang umur, bahagia dgn keluarga dan dimurahkan lagi rezeki yg dah sedia murah tu…

Read the rest of this entry »

Aksesori - Konsep Bisnes Yang Menguntungkan?

Tips Bisnes, Inovasi, Idea Bisnes 3 Comments »

Bila saya sebutkan bisnes aksesori, saya tak menghadkan skopnya hanya kepada aksesori wanita sahaja. Aksesori bermaksud barangan perhiasan atau peralatan tambahan yang akan menambahbaik atau memberi nilaitambah kepada sesuatu produk asal.

Baiklah, selain aksesori wanita… kita juga sudah sinonim dengan bisnes aksesori untuk kenderaan, tak kiralah kenderaan itu berupa kereta, motosikal, basikal dan sebagainya. Boleh dikatakan, pemilik kenderaan mana yang tak pernah membeli dan memasang aksesori tambahan kepada kereta atau motosikalnya?

Tak dapat dinafikan lagi, bisnes aksesori khususnya untuk kenderaan bermotor sememangnya telah menjadi industri yang besar! Lebih hebat lagi apabila pengeluar aksesori itu sendiri telah menjadi jenama yang setanding dengan jenama asal kenderaan. Sekadar contoh; Kleeman, Brabus, Wald dan banyak lagi…

Tetapi post kali ini bukannya nak bincangkan mengenai industri aksesori kenderaan, tetapi aksesori kasut! Saya dapat tahu mengenai bisnes ini apabila menonton Oprah di TV!

Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login