Potensi Perniagaan SMS
Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan, Idea Bisnes August 22nd, 2007Sabtu lepas, 18 Ogos 2007 saya berkesempatan menyertai Seminar Perniagaan SMS yang dikendalikan oleh Irwan Dahnil yang bertempat di Hotel Vistana, KL.
Sesungguhnya saya menyertai seminar ini atas suatu sebab yang jelas… iaitu saya amat menyedari akan kepentingan, keberkesanan dan kuasa yang dimiliki oleh sistem SMS ini dalam konteks pemasaran dan perniagaan pada hari ini.
Walaupun selama ini saya menggunakan email sebagai saluran penyampaian maklumat dan pemasaran, kini saya menyedari kaedah SMS mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Paling menarik perhatian saya ialah fakta mesej SMS selalunya akan dibaca dengan kadar segera berbanding email yang ada kalanya lambat dibaca ataupun terus dipadamkan oleh penerima.
Tambahan pula, hampir semua orang memiliki telefon bimbit yang mempunyai aplikasi SMS yang dibawa kemana sahaja menjadikan SMS lebih praktikal berbanding email yang memerlukan talian internet dan juga komputer!
Dalam hal ini, SMS mencatatkan peratusan penyampaian yang lebih tinggi dan berkesan berbanding email!
Info menarik yang saya perolehi dari seminar ini ialah 30% daripada pengguna SMS aktif di Malaysia terdiri daripada golongan remaja, namun golongan remaja inilah yang menyumbang hampir 80% daripada keseluruhan perbelanjaan ke atas SMS!
Tidak menghairankan kerana kita boleh lihat kebanyakan iklan berasaskan produk SMS di dalam TV ataupun media cetak lebih menumpukan kepada golongan remaja ini. Download ringtone, wallpaper, permainan video dan pelbagai jenis langganan info pastinya menarik golongan ini. Tak perlu saya sebutkan dengan fenomena SMS yang diperkenalkan oleh Akademi Fantasia, jelas sekali remaja adalah sasaran utamanya!
Walaupun senario perniagaan SMS di negara ini pada ketika ini lebih condong kepada golongan muda atau remaja, saya melihat begitu banyak ruang untuk mengekploitasi golongan yang 70% lagi iaitu golongan dewasa yang terdiri daripada pekerja sektor awam atau swasta dan juga peniaga. Lebih tepat lagi jika saya katakan bahawa golongan dewasa ini lebih berkemampuan dari segi kewangan. Jika kena pada tempatnya, sasaran pasaran dewasa ini pasti akan memberikan pulangan yang lebih lumayan!
Berbanding dengan negara-negara maju, kesedaran penggunaan SMS sebagai mekanisme pemasaran di kalangan usahawan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Jika adapun, ianya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa.
Saya terfikir… mengapa tidak peniaga biasa seperti penjual burger, satay, nasi lemak ataupun pekedai runcit menggunakan pendekatan SMS dalam meningkatkan perniagaan mereka? Para peniaga seperti ini boleh memudahkan pelanggan tetap mereka dengan menawarkan pesanan melalui SMS!
Ya… rahsianya ialah mudahkan pelanggan anda! Mudahkan proses pertanyaan, pesanan ataupun proses pembayaran dengan teknologi SMS!
Dan sebagai usahawan internet kecil-kecilan, saya akan mengintegrasikan pemasaran perniagaan internet saya dengan mekanisme SMS! Insyaallah 2008… here I come with more killer products!
Oh! Ya… sama juga seperti perniagaaan internet, perniagaan SMS ini juga sebenarnya web-based, maka ianya juga boleh dijalankan secara sambilan dari keselesaan rumah sahaja! Oleh yang demikian, sekiranya anda sudahpun melibatkan diri dengan perniagaan di internet, maka anda tidak sepatutnya mengabaikan aplikasi SMS untuk memantapkan perniagaan internet anda!
p/s: Dalam kepala ini dah terfikir beberapa idea bisnes SMS yang difikirkan boleh buat duit. Irwan, jom pekena teh tarik!






August 23rd, 2007 at 11:14 pm
Sangat setuju.Potensi besar dalam sms biz. Sebab masih kurang orang terlibat,orang yang start awal boleh manjadi market leader jika kena pada caranya.
August 24th, 2007 at 2:08 am
waaah..dah sertai seminar tu ye? huhuhu..saya ni agak ketinggalan dalam segala2nya..
nampaknya nak kena kumpul modal dulu untuk nak ke seminar irwan ni
August 24th, 2007 at 5:56 pm
wah… cara ni lagi senang,jimat cost n masa..
August 25th, 2007 at 10:53 am
Lupa nak sebut…. saya juga berjumpa dan duduk sebelah Sham di seminar tersebut tempohari :)…
Naem… kumpul modal! Kos seminar ni jauh lebih rendah dari nilainya!
Sue… ya! Lebih efektif dgn SMS namun lebih mantap jika diintegrasikan dgn medium internet!
August 25th, 2007 at 10:21 pm
For your info, bank pun guna sms utk notify their customer about new products, loan, share trading etc
August 25th, 2007 at 10:25 pm
brp kos utk seminar ni?
August 26th, 2007 at 12:42 am
Harga yuran seminar ini RM287 sahaja namun lebih murah jika anda tempah tempat lebih awal. Sila rujuk ke laman web tersebut. Anda boleh klik banner seminar tersebut yg ada dlm blog ini.
August 26th, 2007 at 12:55 am
Bro Tazilan,
Tq for coming.. Insyallah, ada masa boleh minum2
August 27th, 2007 at 6:33 pm
Bro Tazilan,
Anyhow saya ada pergi Gerak Usahawan tengok Dr Irfan pada
26/8 Interesting memang best baru 1% je tu.
October 13th, 2008 at 9:35 pm
Saya pun sebenarnya tertarik dengan bisnes sms ni tetapi masalahnya modal permulaan terlalu besar..
September 28th, 2009 at 11:19 am
modal bkn penghalang..byk cabang2 nya biz sms ni..xde la mahal sgt..nk kne tnye bro tazilan tuh