Bisnes orang Melayu tak berkembang. Mengapa?
Tips Bisnes, Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan August 17th, 2007Topik dan skop artikel ini telah lama saya fikirkan, tetapi saya pendamkan sahaja kerana bimbang diri saya ini dianggap suka menulis perkara negatif mengenai peniaga atau usahawan Melayu.
Sememangnya bukanlah niat saya mencari salah atau kekurangan orang kita tetapi saya menganggapnya sebagai suatu pendekatan untuk melihat kelemahan sebagai titik permulaan untuk mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini.
Pada hari ini, boleh dikatakan memang ramai orang kita dah berani melibatkan diri dalam bisnes. Jika dulu, orang Melayu lebih dikenali sebagai petani, nelayan atau kakitangan kerajaan. Amat jarang sekali kita dengar orang kita bergelar bisnesman. Kalau adapun, reaksi orang pada waktu itu samada kagum ataupun pelik… Kagum jika orang itu kaya atau berjaya dalam bisnes, pelik jika sebaliknya. Sendiri cari susah, fikir mereka.
Tapi hari ini dah lain. Mana-mana kita pergi, kita boleh lihat orang kita berniaga di mana-mana. Baik di tepi jalan, di pasar malam, pasar tani, pasar basah, kedai runcit, kedai makan, syarikat pembinaan, katering, andaman dan macam-macam lagilah! Memang seronok dan bangga!
Tapi topik kali ini saya ingin bawa anda berbincang mengenai peratus perkembangan bisnes yang dimiliki oleh orang Melayu. Tiada sebarang statistik boleh saya berikan, cuma hasil pemerhatian peribadi, perbualan dengan para peniaga dan juga feedback daripada orang dalam di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Saya terkejut apabila mendapati walaupun peratusan orang Melayu melibatkan diri dalam bisnes semakin meningkat saban tahun, namun sebenarnya penguasaan ekonomi para peniaga Melayu sebenarnya tak meningkat dengan seimbang. Dalam erti kata lainnya, bisnes orang Melayu tak berkembang seperti yang sepatutnya!
Mengapa?
Jangan salah faham… bukannya saya mengatakan semua bisnes orang Melayu kita ni tak maju atau tak menguntungkan. Tidak… bukan macam tu!
Saya yakin anda dapat lihat sendiri ramai orang Melayu yang berbisnes, kehidupan mereka boleh dikatakan mewah dan selesa. Yelah… nak dibandingkan dengan orang makan gaji atau pendapatan kecil, tentulah orang bisnes ni ‘cash’ mereka lebih sikit…
Yang saya maksudkan bisnes orang Melayu tak berkembang ialah hasil keuntungan perniagaan usahawan Melayu tidak digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan atau memperluaskan lagi skop perniagaan mereka. Sebaliknya, mereka ini lebih gemar menyimpan keuntungan tersebut untuk kegunaan lain.
Sebagai contoh, salah seorang usahawan yang saya jadikan subjek kajian merupakan seorang peniaga pasar malam menjual barangan dapur kering seperti bawang, kentang, cili kering dan seumpamanya sejak 20 tahun lalu. Dari luaran, beliau seorang peniaga yang berjaya jika dinilai dari saiz rumah dan perabot mahalnya, jumlah kereta yang tersusun di halaman mahligainya, jumlah isterinya, jumlah pekerjanya dan jumlah hartanah dan rumah sewa yang dimiliknya.
Pendek kata, orang ini berjaya dalam kehidupannya tetapi bagi saya beliau bukannya peniaga yang berjaya. Saya menganggap sedemikian kerana sejak 20 tahun lalu tiada sebarang peningkatan dalam perniagaannya. Selepas 20 tahun, beliau masih lagi berniaga di pasar malam!
Tidak adil jika saya katakan semua peniaga Melayu bersikap begini, tetapi malang sekali kebanyakannya memang bersikap sedemikian. Lebih selesa berada di tahap lama dan kurang berusaha meningkatkan taraf perniagaan mereka. Mudah berpuas hati!
Bukankah sepatutnya beliau membawa perniagaan beliau ke tahap yang lebih tinggi? Setidak-tidaknya beliau boleh membuka perniagaan pasaraya ataupun kini berperanan sebagai pemborong?
Saya lebih tertarik apabila membaca tulisan oleh pakar ekonomi, Dr. Barjoyai Bardai dalam bukunya Peluang Perniagaan terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Senada dengan pandangan saya tadi, dalam buku ini beliau mengatakan betapa peniaga Melayu lebih gemar menggunakan hasil keuntungan perniagaan mereka untuk untuk menunjuk-nunjuk kemewahan peribadi kepada orang lain, bukannya membangunkan perniagaan sedia ada mereka itu!
Dalam buku tersebut, Dr. Barjoyai mendakwa peniaga Melayu, jika perempuan akan berfikir bagaimana menambahkan koleksi barang kemasnya. Jika lelaki, bagaimana nak tambah isteri lagi, bahkan jika yang muda asyik berfikir bagaimana nak tukar kereta atau motosikal! Itulah peniaga Melayu tipikal mengikut pandangan pakar ekonomi yang seorang ini.
Rumusannya, yang berkembang ialah kekayaan peribadi, bukannya saiz perniagaan mereka! Maka tak hairanlah jika perniagaan orang Melayu tak berkembang. Rugi, rugi….
p/s: Adakalanya bagus juga jika menunjuk-nunjuk sedikit kemewahan kita sebagai usahawan sebagai motivasi kepada orang lain. Tapi kalau menunjuk-nunjuk untuk meninggi diri…. itu riak namanya. Nanti bisnes ke mana, kita pun ntah ke mana…
Apa pula pandangan anda dalam hal ini?






August 17th, 2007 at 7:42 pm
Nak kongsi cerita tentang 4 sekawan nama mereka A,B,C dan D, merancang untuk jadi rakan kongsi bisnes. Mereka minta tolong kawan baik mereka, si E, org kerajaan untuk buat loan RM30,000. Dpt duit mereka berhhijrah ke bandar K untuk start bisnes,selepas beberapa bulan,saya jumpa mereka, semua balik dengan tangan kosong. Rupa-rupanya duit tu di guna untuk enjoy. Sekarang menuding jari satu sama lain. Bisnes entah ke mana. Si E sibuk menagih hutang dan menanggung beban bayaran bulanan…kisah benar. p/s: bila next projek mau on? Saya mau join program affiliate…
August 18th, 2007 at 10:39 am
Ya..saya setuju kalau sebut “Melayu” saya akan kaitkan dengan pemikiran. Pemikiran kita boleh dikatakan kebelakang..Bila ada org berjaya sikit kita kata “eleh,tak kemana, tak nak lah!, boleh maju ker, erm, tengoklah, nantilah.. ini antara perkataan yg sering saya dengar. Tapi yg herannya kenapa pakaian, cara percakapan up to date nak mamposs..tp otak ermm..bukan nak cakap semua..tak banyak.So saya harap kena swing sikit kita punya mind.. bukan ikut budaya barat yang entah apa2 ntah.. ikut minda perniagaan. Sejarah juga menyatakan Melayu bangsa berdagang.. So, Selamat Hari Kemerdekaan.
September 10th, 2007 at 11:46 am
Mungkin benar usahawan melayu hanya berfikiran ‘ emm cukup latu’ ‘dah ok la’ ‘ tak pe’ ‘ cukup la dapat makan pakai’ ini adalah kata-kata lumrah orang melayu. sebenarnya ini berlaku disebabkan kita orang melayu duduk dalam “zon selesa” dimana kita disokong kuat atas dasar kite orang bumiputera ( dapat bantuan kerajaan ). Kita cuba ikut bangsa lain yang boleh berjaya dalam perniagaan ini kerana bangsa asing ni takda sikat PHD ‘ perasaan hasad dengki’ — bangsa lain diorang ni memang kuat berpesatuan diorang berpesatuan bukan sebab ape untuk membangunkan kominiti diorang la. saya kenal ramai ahli perniagaan bangsa asing diorang ade matlamat yang mampu menjana ekonomi diorang’ contoh kat seri kembangan dah la kilang kasut haram’ tapi kat kawasan ni membangun sangat-sangat kerana dari kilang kasut haram ni la dapat tumbuh ekonomi setempat..
March 11th, 2009 at 4:18 pm
kerana hasad dengki sesama bangsa
March 14th, 2009 at 2:25 am
M.E.L.A.Y.U=M.A.L.A.S…bila nampak duit jer…dalam kepala nak tukar kereta,handphone,enjoy…dan yang sewaktu nyer..
aper bisnes yg melayu conquer?ubat kuat..hahahaha..maksud saya yg bisnes wide coverage…xda kot..nak cerita pasal P.H.D lak..yang itu melayu memang terrer…pantang maju sikit kompom kedai tu kene boom…kompom..lagi satu tak suka berkongsi..kedekut ilmu..betul tak..takut orang lain lebih dari dia..sebab tu melayu susah nak maju…sampai kiamat pun xmaju..bila pendatang bunuh bisnes mula la melatah…itu la ini la..pengajaran nyer satu jer..kita xda muafakat..
agak agak la bila la melayu nak bertukar attitude..?
wallahualam…