Merdeka 50 tahun… apa ertinya?
Masyarakat, Inspirasi, Motivasi August 3rd, 2007
Iyee… saya tahu bulan ini bulan kemerdekaan. Malaysia’s 50th anniversary of Independance!
Semua orang nak cakap pasal merdeka ni. Dari budak kecil hinggalah yang mereka yang dah lahir sebelum merdeka lagi… semua gembira dan bangga negara kita dah 50 tahun merdeka!
Memang banyak kemajuan yang negara kita dah capai. Lihatlah secara lahir atau material… KLCC, KLIA, Putrajaya, litar F1, WPI, NCER, Jambatan Pulau Pinang, kereta Proton, LRT, Monorel, lebuhraya tol dan banyak lagi… tak tersebut semuanya di sini. Terkini, bangsa Melayu bakal tercatat antara beberapa kerat bangsa di dunia ini yang bergelar ’spaceman’! Melayu Boleh! Malaysia Boleh!
Ini pandangan dan pemerhatian saya sejak dulu hingga sekarang. Mata saya, akal saya, diri saya… tak pasti pula bagaimana orang lain melihatnya….
Saya lahir pada 1971. Masuk darjah satu pada 1978. Suasana pembesaran zaman kanak-kanak saya berbeza dengan kanal-kanak hari ini. Sekarang zaman video games, zaman McDonald’s. Malah cuaca juga cukup berbeza! Kalau dulu ketika saya membesar pada tahun 70an dan 80an… cuaca dan udara amat cerah dan segar. Kini, akibat pembangunan dan pencemaran, habuk semakin menggila dan cuaca pula panas semacam. Kekadang tu jerebu je.
Kalau dulu naik kereta tak perlu pendingin hawa, naik motor pun rasa sangat selesa. Tetapi kini cubalah naik kereta tanpa pendingin hawa… tu dia!! Panas! Beberapa tahun lepas saya pinjam motosikal adik saya untuk ke KL, kononnya nak cepat dan nak elak jem. Aduh! Serik saya! Muka dan tangan saya rasa amat berminyak dan berdaki! Amat teruk pencemarannya.
Dulu kereta tak banyak. Susah nak tengok orang perempuan pandu kereta atau tunggang motosikal. Kalau ada kira teror sangatlah tu. Hari ini, jangankan pandu kereta, bahkan ada wanita pandu teksi, treler dan kapalterbang!
Dulu takde mat rempit! Kini… masyaallah, lihatlah anak sebangsa ku! Dulu takde bo%sia, bo&jan, ecstasy, daun ketum, hidu gam….
Dulu saya lihat orang Cina semuanya sepet dan tak reti berbahasa Melayu sangat. Tapi hari ini, susah nak jumpa orang Cina yang sepet. Cakap Melayu pun ada yang lebih baik daripada orang Melayu sendiri! Dulu saya tengok amoi Cina kebanyakannya sedikit kengkang dan berpunggung leper (sori… ini kenyataan), tapi hari ini tak jumpa lagi amoi sebegitu. Dah tak leper dan kengkang lagi, hehehe. Eh! Apa kena-mengena kengkang & punggung leper dengan kemerdekaan? Agaknya faktor nutrisi & pemakanan yang lebih baik yang menyebabkan perubahan ini kot… hmm.
Dulu kalau tengok orang asing, hairan juga dibuatnya. Tapi kini, Indon, Bangla, Myanmar, Afrika dan entah apa bangsa lagi mencecah jutaan orang bilangan mereka kini. Sakit mata dan kurang senang di hati ini memikirkannya. Rasa terancam dan kurang selamat.
Salah orang Melayu juga… ada gerai, sewakan kat Indon. Ada rumah, sewakan kat Indon. Tidakkah khianat namanya tu? Pihak berkuasa pun ‘makan’ banyak juga. Jika tidak, takkan pendatang asing ini ada di mana-mana sahaja kita pergi. Penguasa kenyang dan buat-buat tutup mata sahaja.
Bayangkanlah, makan di KFC, tengok meja sebelah ada couple Indon sedang berdating. Pergi shopping kat Carrefour, Tesco atau Giant, dia pun sama-sama beratur bayar kat kaunter. Pergi tengok wayang di Midvalley atau KLCC pun diaorang ni bersepah! Kalau tak tengok wayang, dia kerja cleaner kat situ.
Dulu masa zaman Mahathir-Anwar, saya rasa amat selamat dan ’secured’ dengan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara berkat kepimpinan mereka berdua. Selepas krisis kontroversi itu, saya lihat Malaysia dah tak sama macam dulu lagi… Rasuah, tamak kuasa, pecah amanah, cantas-mencantas dan politik wang nampaknya dah jadi darah daging orang kita. Kita semakin berpecah-belah… jangan hairan kesepakatan BN pecah sekiranya orang kita tak bersatu kukuhkan bangsa dari segala segi… pendidikan, teknologi, ekonomi dan modal insan.
Saya mahukan kemajuan yang kita kecapi ini tetapi jika boleh… dalam suasana yang saya suka ketika membesar dulu! Kalaulah boleh…
Itulah perubahan yang saya perhatikan sedari kecil sehinggalah umur dah lepas 36 tahun ini.
Seperkara lagi, cara kita menunjukkan keyakinan dan kebolehan diri di peringkat antarabangsa juga amat pelik dan berbeza. Semuanya bermula dengan slogan Malaysia Boleh! Semuanya boleh kita buat. Tapi apakah maknanya?
Jika kita mahu berbangga menjadi rakyat Malaysia, kita mesti berani tegakkan kebenaran dan berupaya meluahkan pendapat dengan penuh berhemah, kefahaman dan ilmu pengetahuan dengan jati diri yang jitu.
Bukankah ini lebih bermakna jika kita dikenali di peringkat antarabangsa dengan ciri-ciri yang saya sebutkan di atas berbanding usaha menunjuk-nunjuk yang sia-sia dan tiada signifikannya seperti mencatatkan rekod terpanjang, terbesar, tertinggi, terberat atau terpantas?
Lemang terpanjang, bendera gergasi, berenang merentas selat, berbasikal merentas seluruh dunia dan banyak lagi cubaan mencatatkan nama dalam buku Book of World Guiness Records. Untuk apakah itu semua?
Apapun, selamat menyambut kemerdekaan negara ke 50!
Apa komen anda?






August 6th, 2007 at 4:09 pm
Saya punya pendapat peribadi.. memerhati dari kaca mata seorang rakyat biasa, saya tidak melihat nilai mata wang kita yang kukuh akan menjamin kesejateraan hidup masyarakat.
Walaupun berlaku kenaikkan gaji bagi sektor kerajaan, bebanan kewangan masih lagi menghantui golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Pengangguran masih lagi tinggi, pekerja asing bersepah-sepah, persekitaran teruk terjejas dan saya tidak berasa pelik jika ada Malaysia ingin mencipta nama sebagai bangunan tertinggi di dunia, rakyat malaysia dan islam pertama ke angkasa lepas, wanita pertama merentasi kutub utara dan sebagainya…
Mereka yang miskin masih lagi terbiar… lihatlah dunia..
August 6th, 2007 at 11:24 pm
Tepat sekali Noorizam!
August 7th, 2007 at 1:29 pm
saya setuju dgn noorizam.
rasa syukur tu tetap ada..namun kadang2 sy rasa takde apa yg nak dibanggakan sangat dgn kemajuan yg kita kecapi..sbb masih terlalu ramai yg ketinggalan…ketinggalan dari segi pemikiran, attitude tak seperti negara membangun, keadaan sosio-ekonomi yg menghimpit.. kekayaan,kesenangan dan bantuan tidak sampai ke saluran yg sepatutnya..maka masih ramai lagi yg hidup susah, kais pagi makan pagi…kadang2 kais pun tak dapat apa..
Tambahan pula negara berdepan dgn masalah sosial remaja2 kita, jenayah berleluasa oleh pendatang2 asing..ehmm.. pening kepala dibuatnya!
Kenapa kita asyik nak membantu rakyat negara lain dgn sumbangan $$$, bina sekolah, etc..etc..sedangkan ramai lagi rakyat kita yg miskin, melarat, tidak mendapat pelajaran & pendidikan sempurna (maaf ni bukan nak mencela mana2 pihak, tp ini yg saya nampak..) Malaysia oh Malaysia… kadang2 sy rasa sy faham kenapa agak ramai rakyat malaysia nak bermastautin di negara orang…..:)
Anyway… Merdeka!! to my Malaysia..