Rehatkan Minda Sekejap…
Jenaka & komedi, Video August 9th, 2007Fuhh!… Saya tersangat-sangatlah sibuk sejak beberapa hari lalu. Rasanya saya telah bekerja lebih 18 jam sehari akhir-akhir ini! Penat sungguh rasanya… lesu dan letih, tetapi bersemangat!
Banyak perkara perlu diuruskan dan tak menang tangan rasanya, namun ianya ialah cabaran dan saya berasa tercabar menyelesaikan segalanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, setakat ini segalanya masih dalam schedule!
Isteri pula asyik membebel. Orang perempuan ni tak tahu ke orang lelaki ni yang paling dia tak suka ialah dengar leteran dan bebelan. Bukannya dia tak tahu kalau saya dah berikan tumpuan kepada sesuatu projek, janganlah ganggu saya dengan perkara yang saya tak gemar. Saya ada kerja, bukannya pergi dangdut atau berpeleseran! So, give me some space, okay? Poning la den nak dongar bising-bising nih…
Tapi dalam sibuk-sibuk tu, tiba-tiba webmail notifier dalam laptop saya ini berkelip menandakan ada satu email yang baru sahaja masuk ke inbox saya. Biasanya saya jeling aje notifier tu, maklumlah saya terima berpuluh malah ratusan email setiap hari. Tetapi melihatkan tajuk email itu, tergerak pula saya melihat kandungan email itu segera.
Saya ketawa dan zass! Hilang segala stress dan kelesuan yang melanda tadi. Rupa-rupanya seseorang telah menghantar sebuah klip video yang lucu! Saya terus buat keputusan untuk upload video tersebut ke dalam blog ini untuk berkongsi kelucuan tersebut dengan anda.
Haha! Kelakar tengok baby tu tersedak! Nak tahu mengapa baby tu tersedak? Jom tengok!






August 10th, 2007 at 3:46 pm
amboii..budak kecik pun dah pandai, ada perasaan! siap tersedak & cuba tgk muka dia, macam nak muntah (tp tak keluar..) bila dengar suara awek cun & seksi tu…hahaha..kelakar, kelakar!
August 14th, 2007 at 3:51 am
haha.. samalah kita.. asyik kerja sahaja.. Tapi alhamdulillah, isteri saya pun dah involve sekarang, so lebih mudah untuk dia memahami apa yang kita lakukan setiap hari.
Thank for the video.. Baby takpe, nak tengok berapa banyak pun takpe.. takde dosa.. hehhe