Permainan ‘Painstation’?
Video, Inovasi, Inspirasi, Idea Bisnes July 13th, 2007Semalam saya tonton channel Discovery dan salah satu bahan cerita yang disampaikan ialah mengenai inovasi dan kreativiti sejenis permainan video yang saya kira amat unik.
Bukan! Bukan Playstation! Ianya ialah ‘Painstation’!
Ianya merupakan kombinasi permainan video dan juga permainan ‘arcade-box’ yang popular pada tahun 80an dahulu.
Yang uniknya, permainan yang memerlukan 2 peserta ini dinamakan Painstation kerana peserta akan merasa kesakitan apabila pihak lawan berjaya mengutip mata. Jika anda tonton video ini, anda akan dapat lihat tangan kiri setiap peserta diikat dan akan disebat dengan rod getah sebagai penalti.
Dalam rancangan Discovery yang saya tonton semalam itu, saya dapat lihat tangan pemain berbirat dan lebam-lebam setelah bermain permainan ini. Walaupun sakit, mereka nampaknya gembira dan terhibur dengan konsep permainan ini.
p/s: ini cubaan pertama saya letakkan video dalam blog. Taklah susah sebenarnya!
Amacam? Ok tak idea game ni? Bagilah komen sikit!






July 13th, 2007 at 5:17 pm
Permainan macam ni pun ada jugak ye menarik. Adoi…. sakit tangan aku.
July 15th, 2007 at 9:31 pm
Melihat daripada idea ini, mungkinkah permainan klasik kita seperti enjit enjit semut (versi technology-enhanced) boleh dikomersialkan sebagai Painstation 2?
p/s: teringat pasal johnchow dan johncow
July 16th, 2007 at 11:33 am
Ni permainan yang menyakitkan ni…
July 16th, 2007 at 5:15 pm
ye lah meor.. namanya pun ‘pain’station…mesti lah ada ciri2 ‘pain’ - sakit. Best jugak kalau boleh try..lain dr yg lain, kan?