Nampaknya perniagaan berasaskan perkhidmatan (service based) yang dijalankan secara online semakin berkembang di Malaysia. Semakin banyak syarikat perniagaan yang telah mula menawarkan perkhidmatan mereka yang secara tradisinya dijalankan secara konvensional, tetapi kini turut mengaplikasikan operasi online sepenuhnya!

Bila saya katakan online operation sepenuhnya, ia  bermaksud promosi, pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan secara online! Dalam kata lain, proses perniagaan yang disebutkan tadi dapat dijalankan dengan lebih pantas dan cekap… dan mengurangkan karenah atau birokrasi yang disebabkan oleh manusia atau faktor masa/tempat. Dalam bahasa mudahnya, proses jualbeli semakin mudah dan pantas!

Tujuan post kali ini sebenarnya ingin memperkenalkan anda kepada EXCARD. Saya terjumpa iklan mengenai syarikat ini dalam akhbar beberapa minggu lalu dan setelah memahami jenis perkhidmatan yang mereka tawarkan, saya berminat berkongsi dengan anda info mengenai pendekatan dan strategi syarikat ini yang saya kira kreatif dan inovatif.

Sebenarnya syarikat ini merupakan sebuah kilang percetakan yang beroperasi di Sg. Petani, Kedah. Secara dasarnya, ia sama sahaja dengan kilang percetakan lainnya yang dilengkapi peralatan mesin cetak dan barisan pekerja yang mengendalikan mesin-mesin tersebut.

Bezanya, syarikat ini menerima tempahan dan jualan secara online dari pelanggan!

Sebenarnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh EXCARD ini merupakan berita baik bagi usahawan pengiklanan terutamanya agensi pengiklanan yang kecil ataupun designer yang bergerak secara freelance.

Agensi pengiklanan atau freelance designer yang berminat mendapatkan khidmat EXCARD hanya perlu mendaftar sebagai ahli dengan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM188 sahaja. Sebagai ahli berdaftar, pelanggan bebas menghasilkan rekabentuk artwork mereka sendiri dan seterusnya mereka boleh serahkan tugasan mencetak kepada EXCARD.

Dengan ini, mereka tak perlu lagi bersusah-payah pergi ke kilang percetakan dan berurusan dengan taukeh atau pekerja percetakan yang selalunya gila-gila bahasa. Dan selalunya kilang percetakan ini berselerak dan bising! Saya tahu benar kerana dulu saya sering alami pengalaman sebegitu…

Kini, semakin mudahlah bagi anda yang punya kemahiran art & design menjalankan perniagaan kerana EXCARD telah memudahkan tugasan percetakan untuk bisnes anda!

*Post ini bukanlah berbayar, sebaliknya hanya sebagai perkongsian info semata-mata. Manalah tahu, info ini mungkin boleh membantu memudahkan bisnes anda.

Jika berminat, boleh lawati laman webnya http://www.excard.com.my