Teka-teki - Uji Minda Anda!
Teka-teki July 27th, 2007Hari ni dah Jumaat… pantas sungguh masa berlari. Rasanya seperti baru semalam saya kerjakan solat Jumaat. Hari inipun saya kena bersiap untuk ‘outstation’ atas urusan bisnes untuk beberapa hari. Cari makan…
Sebenarnya saya nak tulis sesuatu tetapi topik yang ingin saya tuliskan hari ini belum lengkap bahannya. Tetapi saya tetap ingin menulis pada hari ini. Oleh yang demikian, sempena mengisi hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin menyampaikan satu teka-teki!
Begini teka-tekinya:
Bapa Ali ada 3 orang anak. Anak sulungnya bernama ‘Mata Besar’ manakala anak bongsunya diberi nama ‘Mata Kechil’. Pelik sungguh nama anak-anaknya itu, tetapi bukan itu yang perlu kita hairankan. Persoalannya ialah… apakah nama anaknya yang tengah?
Teka-teki ini mudah sahaja tetapi ia amat menguji minda. Teka-teki ini sering saya ajukan dalam kursus atau seminar yang saya kendalikan dan saya pernah berikan teka-teki ini kepada ramai orang dari pelbagai latarbelakang. Antaranya profesor, peguam, doktor, guru, pensyarah, polis, jemaah surau, surirumah, bebudak sekolah…. ringkasnya, ramai yang dah saya tanya. Amat sedikit yang berjaya, malah kami sering ketawa mendengarkan pelbagai jawapan yang lucu dan tidak masuk akal dari mereka.
Dan yang lebih menakjubkan saya, kebanyakan yang berjaya menjawab teka-teki ini dengan tepat adalah kanak-kanak bawah umur 12 tahun! Mungkin kerana budak sekolah ni otak mereka lebih cepat ‘tangkap’!
Jadi apakah jawapannya? Tiada sebarang hadiah bagi jawapan yang betul melainkan ia membuktikan anda memiliki pemikiran yang tajam!
p/s: kalau anda pernah mendengar teka teki ini dan sudah tahu jawapannya, diam-diam dulu, ok! Biarlah kawan2 kita yang lain mencuba kecekapan minda masing-masing.






July 27th, 2007 at 3:19 pm
mata buntang??
July 27th, 2007 at 3:53 pm
Hehe. takkk. Bukan…
July 27th, 2007 at 4:07 pm
Haa! Mata medium! Betul tak?
July 27th, 2007 at 5:09 pm
Senang jer , XXXXX ler
anak yang tengah
July 27th, 2007 at 8:46 pm
Aiseh.. Muaz dah jawab betul… dan dia ni budak sekolah lagi kan? Kan saya dah kata…
Baru peringkat awal dan belum ramai yg dah jenguk post ni, jadi saya edit jawapan dia…
Saya nak tengok jawapan orang lain pula
July 28th, 2007 at 10:58 am
Dulu , saya selalu ler guna teka-teki cam ni untuk pikat sidia.
July 28th, 2007 at 11:08 am
Heheh.. Muaz, dapat pikat awek tu tak?
July 28th, 2007 at 6:33 pm
alamak, tak faham lah. kenapa XXXXX? Apa maksudnya?
July 28th, 2007 at 6:36 pm
Baru jer nak melangkah ke step ke 2 (masuk jarum) , saya pindah sekolah
.
July 28th, 2007 at 8:11 pm
Owh.. Amzani, saya sengaja xxxxx jawapan sebenarnya kerana tak mahu dedahkan lagi jawapan bagi teka-teki ini. nak tunggu yang lain. Tah mana diaorang ni..
July 29th, 2007 at 2:22 am
Errr… ‘Mata Bulat’ kot jawapannya.
July 29th, 2007 at 8:20 am
Hoho.. tak betul Amzani… Cuba teka lagi:)
July 30th, 2007 at 1:09 pm
Baiklah.. jawapannnya adalah seperti yg dijawab dengan tepat oleh Muaz….
Nama anak kedua adalah ALI!
Tengok balik soalan tu betul-betul..
July 30th, 2007 at 4:31 pm
ANAK MATA KER NIE…KAWAN OPIS YG TOLONG JAWABKAN NIE…
July 31st, 2007 at 9:11 am
Tak… jawapannya Ali!
Soalannya berbunyi…”Bapa Ali ada 3 orang anak…”
Maknanya Ali pun salah seorang anak dia juga kan?!Haha!
July 31st, 2007 at 1:15 pm
terpedaya juga dengan teka teki nih.. hehehe
July 31st, 2007 at 1:52 pm
hehe.. selalunya orang hanya tumpu kepada nama anak sulung dan bongsu. Itu sebabnya ramai yg sangka nama anak yg tengah juga bermula dgn ‘Mata’. Antara jawapan yg selalu saya terima… mata buta, mata hitam, mata sepet, mata tiruan, mata-mata, mata juling, mata kreko, dan macam-macam mata lagilah…
Sedangkan nama anak kedua dah terang2 disebutkan dalam teka-teki ini:)
July 31st, 2007 at 2:42 pm
hohooo…ini mesti mata duitan agaknya…
July 31st, 2007 at 2:54 pm
haa… nak tambah satu lagi kalo bukan mata duitan dah tentunya namanya bulat. atau pekan atau bentayan
August 1st, 2007 at 10:38 am
hallooo… sedara.. jawapannya bukan ‘mata’ lagi dah…
ALI jawapan sebenarnya… hohohohohh….
August 2nd, 2007 at 8:17 pm
mgkn jawapannya “mata sederhana”?
August 2nd, 2007 at 8:18 pm
mgkn juga, ALI….betul tu betul!
August 2nd, 2007 at 8:35 pm
waklan, jawapannya dah diberi… Ali!
August 5th, 2007 at 10:10 am
namanya mata ali dan baba… nama anaknya yang setrusnya dah tentu ali baba…
August 17th, 2007 at 12:32 pm
Ati la nama anak kat tengah
December 26th, 2007 at 10:46 pm
jwpnnye…
mata sepet,kot….
January 26th, 2008 at 1:53 pm
nama anak tgh bapa Ali sudah tentulah ALI…heheeh
February 7th, 2008 at 6:05 am
kelakar..hehe
February 22nd, 2008 at 1:38 am
hai,nama saya aina,saya x faham kenapa jawapan dia ALI dan saya nak tanya ada x teka-teki yg pendek sikit supaya senang hafal
February 23rd, 2008 at 2:35 pm
ala jawapan ialah ali …..kan senang kacang putih…:)
May 30th, 2008 at 8:00 pm
mata sederhana
August 9th, 2008 at 10:35 pm
mata sederhana sama macam jawapan annis.tapi saya tak tiru dia tau!!!mintak nombor telefon?gurau je!!!hahaha!!!!saya ada teka- teki.dalam banyak-banyak mi mi apa yang boleh makan ais juga?bye hahahaha!!!!!!
September 25th, 2008 at 2:40 pm
terbaik punyer teka teki!! pening kepala di buatnyer^^^^^ macamana korang bleh wat soalan gini????????
October 20th, 2008 at 5:43 pm
Saya tau jawapannya…..senag aje….jawapan ye……ALI lah….dia cakap’Bapa Ali’…ha…ha….senang aje….
January 17th, 2009 at 4:08 am
buuuuuuuuuuuu.macammana aku boleh x nampak
August 16th, 2009 at 2:35 pm
MEMANG LA KAU TAK NAMPAK SEBAB MATA KAU TU
DAH BUTA!!!
August 28th, 2009 at 1:39 pm
ali la…
April 1st, 2010 at 9:39 pm
btol kata naeast tuu. ali laa jawapan nyer. coz die kata bapa Ali. so, anak yg k’2 tuu Ali laa jawapan nyer
April 23rd, 2010 at 4:14 pm
Ali
April 23rd, 2010 at 4:16 pm
Nmanya Ali, sebab anaknya ada 3 je, Anak sulungnya bernama ‘Mata Besar’ manakala anak bongsunya diberi nama ‘Mata Kechil’, jadi yang tengah namanya ALI
April 27th, 2010 at 10:39 pm
jwpn teka teki julia ni milo ais
May 21st, 2010 at 11:38 pm
sepatutny “Mata Sederhana” jwpnya.. Ali tu anak angkat jer..
May 25th, 2010 at 6:59 pm
korang ni ape hal..?? bukan nyer tazilan dah jwb ker..?? ish3
July 14th, 2010 at 6:54 pm
Ali lah jawapannya….coz sebut nama bapa Ali..
July 20th, 2010 at 7:31 pm
ali lah anak yg tengah…
August 15th, 2010 at 5:00 pm
ehehehe….
klakar jugak teka teki nie…
ingt kan ape…hik3