Awas! Penipu Berkeliaran!

Tips Bisnes, Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan 11 Comments »

Sebagai seorang usahawan, saya dah biasa terdedah dengan taktik penipuan dan tipudaya oleh individu yang tidak  bertanggungjawab. Individu berkenaan boleh jadi sesiapa sahaja di kalangan pelanggan, pembekal, pemborong, konsultan, peguam… pokoknya kita mesti berhati-hati demi melindungi perniagaan & kepentingan kita.

Bentuk penipuan itu pula pelbagai… ada yang secara terang-terangan cuba menipu dari segi jumlah harga, kuantiti produk ataupun peratusan komisen. Namun yang paling berbahaya ialah dalam bentuk dokumentasi yang melibatkan perjanjian, MoU dan sebagainya. Yang penting, kita mestilah cukup bijak untuk menghidu nahas yang bakal menerpa!

Namun cerita sebenar yang ingin saya kongsi dalam post kali ini ialah tentang taktik penipuan ‘pelanggan’ di internet. Ya… saya memperoleh pengalaman baru dalam menghadapi kerenah cubaan penipuan di internet. Perkara ini dah lama saya alami tetapi baru kini tergerak hati nak menulis mengenainya. Itupun kerana perkembangan yang saya lihat sering berlaku akhir-akhir ini…

Read the rest of this entry »

Permainan ‘Painstation’?

Video, Inovasi, Inspirasi, Idea Bisnes 4 Comments »

Semalam saya tonton channel Discovery dan salah satu bahan cerita yang disampaikan ialah mengenai inovasi dan kreativiti sejenis permainan video yang saya kira amat unik.

Bukan! Bukan Playstation! Ianya ialah ‘Painstation’!

Ianya merupakan kombinasi permainan video dan juga permainan ‘arcade-box’ yang popular pada tahun 80an dahulu.

Yang uniknya, permainan yang memerlukan 2 peserta ini dinamakan Painstation kerana peserta akan merasa kesakitan apabila pihak lawan berjaya mengutip mata. Jika anda tonton video ini, anda akan dapat lihat tangan kiri setiap peserta diikat dan akan disebat dengan rod getah sebagai penalti.

Dalam rancangan Discovery yang saya tonton semalam itu, saya dapat lihat tangan pemain berbirat dan lebam-lebam setelah bermain permainan ini. Walaupun sakit, mereka nampaknya gembira dan terhibur dengan konsep permainan ini.

p/s: ini cubaan pertama saya letakkan video dalam blog. Taklah susah sebenarnya!

Amacam? Ok tak idea game ni? Bagilah komen sikit!

Usahawan…siapakah mereka ini?

Masyarakat, Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi 2 Comments »

Seringkali kita disogokkan dengan kisah kejayaan usahawan dalam perniagaan mereka. Dalam membaca kisah kejayaan mereka itu, sesekali terselit juga hasrat di sudut hati kita ini untuk turut berjaya seperti mereka suatu hari nanti.

Wah! Tentu seronok dan betapa manisnya mengecap kejayaan dalam bisnes. Namun tak ramai yang sedar akan kisah bagaimana usahawan tersebut bermula dari bawah dan terpaksa bersusah-susah serta melalui pelbagai liku sebelum menikmati kesenangan dan kejayaan dalam bisnes seperti yang dikecapi hari ini.

  

Kita ambil beberapa tokoh bisnes yang telah berjaya dengan bermula dari bawah… Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Dato Tony Fernandez, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Lim Goh Tong, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri FD Mansor. Mereka ini merupakan self-made multi-millionaires…. yang telah melalui pelbagai kegagalan dan kesukaran sebelum mereka berjaya ke tahap hari ini. Mereka diketahui bermula dari kosong dan masing-masing pernah tersungkur dalam bisnes sebelum ini. Kekuatan mental dan azam luarbiasa yang mereka miliki telah menghasilkan kejayaan yang mengkagumkan sepertimana yang kita lihat hari ini!

Namun, kejayaan atas kegigihan dan dayausaha ini tidak terbatas kepada golongan elit atau korporat sahaja. Ramai lagi usahawan ’senyap’ yang terdiri daripada pelbagai lapisan seperti peniaga pasar malam, pekedai runcit, kontraktor, usahawan katering, kedai makan, perniagaan retail dan sebagainya… setiap mereka ini juga melalui saat-saat kesukaran mereka yang tersendiri. Setiap usahawan pasti akan mendapat ‘bahagian’ mereka masing-masing!

Maka jelaslah bahawa sesungguhnya kejayaan hakiki dalam bisnes menuntut usaha yang berterusan, semangat yang cekal, tekad yang kental dan kepintaran serta ketahanan mental yang luar biasa! Read the rest of this entry »

Sukarnya Jadi Usahawan…

Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi 5 Comments »

Seringkali kita dengar ramai yang mengeluh betapa sukarnya berjaya atau bertahan lama dalam bisnes. Malah ada yang berkata… “janji survive ataupun cukup makan jadilah!” Mengapa sampai begitu sekali?

Antara permasalahan atau ‘alasan’ yang selalu sangat diberikan oleh golongan peniaga Melayu yang sering merungut ini:

  • takde modal

  • tak cukup modal

  • tak dapat lesen/permit perniagaan

  • takde bimbingan/tunjuk ajar

  • sukar dapat pinjaman bank

  • tak dapat sokongan agensi kerajaan pasarkan produk mereka

  • takde pelanggan

  • tak mampu bersaing

  • tempat bisnes tak strategik

  • orang lain dengki khianat

  • pesaing main kotor

  • Kena sihir

  • kena tipu atau tertipu

  • pihak berkuasa pilih kasih (rasuah?)

  • kerajaan/UMNO tak prihatin nasib orang Melayu - mereka tolong kroni shj)

  • sering diganggu pihak berkuasa

perlukah saya teruskan lagi?….

Saya boleh senaraikan banyak lagi permasalahan yang diutarakan oleh para peniaga kita hasil pengalaman bertemu dan bergaul dengan ribuan peniaga pelbagai bangsa sejak 10 tahun lalu. Tapi cukuplah sebanyak itu senarainya untuk kita menilai setakat mana terdesaknya para peniaga kita.

Walaupun ada kebenarannya sebahagian alasan yang diutarakan, namun saya berpendapat sebenarnya kebanyakan permasalahan yang disebutkan tadi berpunca dari diri peniaga itu sendiri. Mengapa saya berkata demikian? Read the rest of this entry »

Dah kaya… masih tak cukup lagi?

Masyarakat, Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi 1 Comment »

Pernahkah seseorang berkata kepada anda… “Kalaulah aku dah jadi kaya macam sipolan tu, aku tak nak kerja lagi dah! Aku nak enjoy aje dengan anak bini aku… melancong sana melancong sini, shopping sana shopping sini…”

Sebenarnya itu hanyalah kata-kata seorang yang suka berangan-angan nak jadi kaya tetapi tidak pernahpun berusaha ke arah itu. Mungkin dia sendiri tidak terfikir bagaimana nak menguruskan kekayaannya itu nanti ataupun sememangnya dia tahu amat tipis harapannya untuk menjadi kaya. Maknanya cakap kosong ajelah tu…

Hakikatnya kita biasa lihat seseorang yang telah berjaya dalam kerjayanya sehingga mencapai tahap kebebasan kewangan (financially free) akan tetap meneruskan , bahkan memperhebatkan lagi usahanya untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Tak kiralah dia besarkan operasi bisnes dia ke, tambah cawangan ke, tambah pelaburan ke, beli hartanah banyak-banyak, buat business JV dalam dan luar negara… pokoknya kita lihat si kaya ini semakin panjang langkahnya. Kata orang… semakin ligat buat duit!

Sekadar menyebut beberapa nama, lihat sahaja Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza, Chef Wan, Tan Sri Mustapha Kamal, Tan Sri Ananda Krishnan, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi insan yang telah berjaya mencapai kebebasan kewangan tetapi mereka tetap gigih mencari rezeki dan melipatgandakan usaha dalam kerjaya masing-masing.

Mengapakah mereka ini kelihatannya semakin bersungguh-sungguh menambah kekayaan mereka? Apakah kekayaan dan rezeki yang telah tuhan kurniakan kepada mereka itu tidak mencukupi? Apakah mereka ini tamak dan haloba kepada kekayaan dunia?

Read the rest of this entry »

Kolam Renang ‘Mampu Milik’?

Tips Bisnes, Inovasi, Perniagaan, Keusahawanan, Idea Bisnes 3 Comments »

Bayangkan betapa seronoknya jika kita memiliki kolam renang di halaman rumah kita! Namun tidak semua orang bertuah menikmati kemewahan sedemikian. Bahkan, sesetengah orang menganggap dirinya sudah cukup bertuah jika rumahnya dilengkapi dengan ‘bathtub’!

Saya pernah bertanya kepada seorang pelanggan saya yang memiliki kolam renang ketika menghadiri mesyuarat di banglonya. Saya terdiam apabila diberitahu kos pembinaan kolam renang termasuk sistem penapisan dan pam mencecah hampir RM50,000! Itupun saya lihat kolam renang tersebut tidaklah sebesar mana dan rekaannya biasa sahaja. Agaknya berapalah kos bina kolam renang mewah yang sering kita lihat dalam drama TV itu?

Namun kini dengan teknologi dan inovasi kejuruteraan, impian anda untuk memiliki kolam renang dan melihat keluarga anda bergembira menggunakannya mungkin boleh menjadi kenyataan!

Dengan kos permulaan RM348, anda sudah mampu memiliki sebuah kolam yang boleh memuatkan sehingga 4 orang. Jika anda lebih berkemampuan, pelaburan RM7800, anda boleh memiliki kolam yang boleh memuatkan 12 orang! Untuk info lanjut dan lebih banyak gambar menarik, sila rujuk disini.

Lihatlah bagaimana kreativiti dan inovasi memberi manfaat kepada kehidupan manusia seharian. Jika dahulu kolam renang merupakan sesuatu yang asalnya mahal dan lambang kemewahan, kini ia menjadi sesuatu yang mampu milik serta boleh dinikmati lebih ramai orang!

p/s: Antara ciri-ciri bangsa yang maju ialah bangsa yang banyak merekacipta sesuatu yang baru demi kehidupan yang lebih baik. Semoga lebih ramai orang kita akan muncul sebagai pencipta, bukannya sekadar pengguna!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login