Akhir-akhir ni semakin galak pula akhbar menyiarkan berita mengenai ‘keganasan’ guru mendera pelajar. Antara yang menggegarkan negara kita baru-baru ini:

  1. seorang guru besar sekolah menengah telah menampar 22 pelajar kerana gagal atau sengaja gagal siapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka

  2. seorang guru telah merotan beberapa pelajar tahun 3, juga kerana gagal siapkan kerja rumah

  3. seorang warden asrama pelajar perempuan telah mendenda lebih 200 pelajar berendam dalam kolam atas kesalahan perbuatan membuang tuala wanita dalam tandas

Persoalannya, apakah tindakan guru-guru berkenaan wajar diklasifikasikan sebagai penderaan? Mengapa media ataupun kumpulan ibubapa yang komplen itu langsung tidak menganggap tindakan guru-guru tersebut sebagai satu proses pendidikan?

Pada pandangan saya, ibubapa pada hari ini kebanyakannya ego dan tinggi diri. Sebab itulah jika anak-anak mereka menerima hukuman sedemikian, mereka merasakan seolah-olah mereka juga terhukum sama. Timbul perasaan seolah-olah mereka tak pandai didk anak mereka. Maka atas dasar ego atau menjaga maruah, itulah puncanya begitu banyak kes saman atau laporan polis dibuat terhadap para guru ini.

Kononnya anak-anak mereka itu tak boleh disentuh sama sekali!

Berbeza dengan zaman dahulu, ibubapa menyerahkan segala budibicara mendidik anak-anak kepada guru. Malah ada upacara tak rasmi di mana si  bapa akan menyerahkan rotan kecil kepada guru sebagai simbol serah kuasa mendidik sambil melafazkan “dengan rotan ini saya serahkan anak saya untuk dididik oleh cikgu seperti anak sendiri. Jika anak saya engkar atau degil, pukullah dia, rotanlah dia. Cuma janganlah sampai patah, berdarah dan mati”.

Begitulah betapa ikhlasnya ibubapa zaman dahulu menyerahkan anak-anak mereka kepada guru. Begitu jugalah sebaliknya, para guru terasa mereka dihargai dan menerima amanah yang diberikan kepada mereka dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Berbanding dengan apa yang berlaku masa kini, maka tak hairanlah ramai pelajar semakin kurang ajar, biadap, kurang berdisiplin dan tidak mementingkan pelajaran mereka.

Mereka semakin manja kerana tak kira apa kesalahan yang mereka lakukan, ibubapa akan membuat pembelaan dan mempertikaikan tindakan guru terbabit.

Apapun, saya amat tak bersetuju tindakan ibubapa buat laporan polis dan melibatkan media dalam kes-kes sebegini. Ini hanya memburukkan perhubungan antara guru dan ibubapa selain para pelajar menjadi semakin lemak dan besar kepala!

p/s: Anak sulung saya akan masuk darjah 1 tahun depan. Insyaallah saya bertekad akan menjalin hubungan baik dengan semua guru anak saya. Saya ingin selalu berhubung dengan mereka dan berbincang mengenai prestasi pelajaran anak saya. Saya akan sediakan satu format agar guru-guru dapat berikan maklumat terkini tentang perkembangan anak saya melalui email. Saya juga ingin aktif dalam PIBG.

Dan saya akan sediakan rotan kecil untuk diberikan kepada guru-guru anak saya… sebagai keikhlasan dan kepercayaan menyerahkan anak saya untuk dididik oleh mereka. Semoga mereka juga nanti ikhlas dan besungguh-sungguh mendidik anak saya…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • YahooMyWeb
  • StumbleUpon
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes Fr
  • blogtercimlap
  • De.lirio.us
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Smarking
  • Reddit
  • TailRank