perniagaan internet

EXCARD - Bisnes Cetakan Secara Online

Tips Bisnes, Inovasi, Perniagaan, Keusahawanan, Idea Bisnes 3 Comments »

Nampaknya perniagaan berasaskan perkhidmatan (service based) yang dijalankan secara online semakin berkembang di Malaysia. Semakin banyak syarikat perniagaan yang telah mula menawarkan perkhidmatan mereka yang secara tradisinya dijalankan secara konvensional, tetapi kini turut mengaplikasikan operasi online sepenuhnya!

Bila saya katakan online operation sepenuhnya, ia  bermaksud promosi, pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan secara online! Dalam kata lain, proses perniagaan yang disebutkan tadi dapat dijalankan dengan lebih pantas dan cekap… dan mengurangkan karenah atau birokrasi yang disebabkan oleh manusia atau faktor masa/tempat. Dalam bahasa mudahnya, proses jualbeli semakin mudah dan pantas!

Tujuan post kali ini sebenarnya ingin memperkenalkan anda kepada EXCARD. Saya terjumpa iklan mengenai syarikat ini dalam akhbar beberapa minggu lalu dan setelah memahami jenis perkhidmatan yang mereka tawarkan, saya berminat berkongsi dengan anda info mengenai pendekatan dan strategi syarikat ini yang saya kira kreatif dan inovatif.

Sebenarnya syarikat ini merupakan sebuah kilang percetakan yang beroperasi di Sg. Petani, Kedah. Secara dasarnya, ia sama sahaja dengan kilang percetakan lainnya yang dilengkapi peralatan mesin cetak dan barisan pekerja yang mengendalikan mesin-mesin tersebut.

Bezanya, syarikat ini menerima tempahan dan jualan secara online dari pelanggan!

Read the rest of this entry »

Teka-teki - Uji Minda Anda!

Teka-teki 32 Comments »

Hari ni dah Jumaat… pantas sungguh masa berlari. Rasanya seperti baru semalam saya kerjakan solat Jumaat. Hari inipun saya kena bersiap untuk ‘outstation’ atas urusan bisnes untuk beberapa hari. Cari makan…

Sebenarnya saya nak tulis sesuatu tetapi topik yang ingin saya tuliskan hari ini belum lengkap bahannya. Tetapi saya tetap ingin menulis pada hari ini. Oleh yang demikian, sempena mengisi hari Jumaat yang mulia ini,  saya ingin menyampaikan satu teka-teki!

Begini teka-tekinya:

Bapa Ali ada 3 orang anak. Anak sulungnya bernama ‘Mata Besar’ manakala anak bongsunya diberi nama ‘Mata Kechil’. Pelik sungguh nama anak-anaknya itu, tetapi bukan itu yang perlu kita hairankan. Persoalannya ialah… apakah nama anaknya yang tengah?

Teka-teki ini mudah sahaja tetapi ia amat menguji minda. Teka-teki ini sering saya ajukan dalam kursus atau seminar yang saya kendalikan dan saya pernah berikan teka-teki ini kepada ramai orang dari pelbagai latarbelakang. Antaranya profesor, peguam, doktor, guru, pensyarah, polis, jemaah surau, surirumah, bebudak sekolah…. ringkasnya, ramai yang dah saya tanya. Amat sedikit yang berjaya, malah kami sering ketawa mendengarkan pelbagai jawapan yang lucu dan tidak masuk akal dari mereka.

Dan yang lebih menakjubkan saya, kebanyakan yang berjaya menjawab teka-teki ini dengan tepat adalah kanak-kanak bawah umur 12 tahun! Mungkin kerana budak sekolah ni otak mereka lebih cepat ‘tangkap’!

Jadi apakah jawapannya? Tiada sebarang hadiah bagi jawapan yang betul melainkan ia membuktikan anda memiliki pemikiran yang tajam!

p/s: kalau anda pernah mendengar teka teki ini dan sudah tahu jawapannya, diam-diam dulu, ok! Biarlah kawan2 kita yang lain mencuba kecekapan minda masing-masing.

Ibubapa Kini Tidak Menghargai Guru

Masyarakat 18 Comments »

Akhir-akhir ni semakin galak pula akhbar menyiarkan berita mengenai ‘keganasan’ guru mendera pelajar. Antara yang menggegarkan negara kita baru-baru ini:

  1. seorang guru besar sekolah menengah telah menampar 22 pelajar kerana gagal atau sengaja gagal siapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka

  2. seorang guru telah merotan beberapa pelajar tahun 3, juga kerana gagal siapkan kerja rumah

  3. seorang warden asrama pelajar perempuan telah mendenda lebih 200 pelajar berendam dalam kolam atas kesalahan perbuatan membuang tuala wanita dalam tandas

Persoalannya, apakah tindakan guru-guru berkenaan wajar diklasifikasikan sebagai penderaan? Mengapa media ataupun kumpulan ibubapa yang komplen itu langsung tidak menganggap tindakan guru-guru tersebut sebagai satu proses pendidikan?

Read the rest of this entry »

Potensi industri kitar semula…

Tips Bisnes, Masyarakat, Perniagaan, Idea Bisnes 1 Comment »

Saya yakin ramai daripada kita sudahpun maklum bahawa industri kitar semula berpotensi memberikan hasil yang lumayan jika diusahakan dengan serius. Tetapi mengapa ramai orang kita seolah-olah menutup mata terhadap industri ini? Rata-rata bisnes recycle ini dimonopoli oleh orang Cina, diikuti oleh orang India dan seterusnya orang Indon. Bahkan saya pernah terserempak 2 warga Bangladesh gigih mengasing-asingkan barangan terbuang yang masih ada nilai dari longgokan sampah…

Mungkinkah kita masih malu kerana menganggap bisnes recycle ini bisnes picisan? Atau kerana menganggap ia kerja hina kerana terpaksa kutip bahan terbuang? Ataupun malu dianggap ’sengkek’ dah takde duit sehingga terpaksa bisnes recycle secara sambilan?

Sebenarnya ramai yang masih salah anggap tentang bisnes recycle ini. Bisnes barangan kitar semula ini tidak semestinya bermaksud barangan terbuang sahaja, malah ia juga meliputi barangan terpakai! Jika anda kaji betul-betul tentang industri kitar semula ini, pasti anda akan mempunyai pandangan berbeza!

Tahukah anda ada seorang wanita di negara China menjadi jutawan dengan bisnes kitar semula ini? Aset dan hartanya bernilai RM11.7 bilion dan dipercayai lebih kaya dari Oprah Winfrey dan J.K. Rowlings (penulis asal buku Harry Porter). Untuk cerita lanjut, klik pada link di bawah ini:

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Keluarga/20070720083822/Article/

p/s: Bekas jiran saya berbangsa India sebelum saya pindah ke Puchong dahulu memiliki bisnes kitar semula. Pakai Mercedez Benz E240 tu…!

Anda ingin berikan sebarang pendapat? Sila klik pada butang Comments.

Bisnes Jual Ayam RM2 Juta Sebulan?

Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi, Idea Bisnes 4 Comments »

Saya terbaca kisah usahawan hebat ini di akhbar Berita Harian Jumaat 20/7/07. Ianya mengisahkan seorang usahawan Melayu bernama Abdul Kadir Bakar yang mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan bisnes ayamnya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah beliau bermula dari kosong iaitu tanpa sebarang modal!

Maksud saya ialah, beliau memulakan bisnes dengan modal 10 ekor ayam sahaja sebagai permulaan… itupun (ayam-ayam tersebut) dibeli dengan secara hutang! Dari situ beliau berusaha gigih dan kini boleh berbangga dengan empayar perniagaan ayamnya itu. Katanya, kini syarikatnya menguruskan penjualan ayam yang bernilai RM2 juta sebulan!

Klik sini untuk berita penuh: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Rencana/20070720001004/Article/

Saya nak tahu pendapat atau komen anda tentang kejayaan orang melayu hebat ini.

Perang Rebut Kawasan

Video, Inovasi, Perniagaan, Idea Bisnes 3 Comments »

Selama ini kita lihat perang ataupun persaingan antara syarikat telekomunikasi. Dalam konteks Malaysia ni, biasanya libatkan Maxis, Digi ataupun Celcom.

 

Namun sejak Celcom dapat CEO baru, Dato’ Shazally Ramli (ex-boss saya masa di ntv7), nampak ada nafas baru dalam re-branding (penjenamaan semula).

Kalau boss dah kreatif… tabik Dato’!…

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login